Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 37239 articles
Browse latest View live
↧

‘Saya Perlukan Duit Untuk Teruskan Kehidupan’– Shuk Sahar Nak Jual Rumah Harga 1.2 Juta, Netizen Nasihat Contohi Aliff Aziz

$
0
0

Nama pengacara dan pelawak Shuk Sahar tak pernah habis dilanda kontroversi. Baru-baru ini, Shuk mengaku dirinya sudah curang berkali-kali dengan orang yang sama.

Artikel Berkaitan: Kereta Shuk Sahar ‘Terjun’ Masuk Parit, Netizen Tanya Doa Siapa Termakbul?

Artikel Berkaitan: ‘Aku Curang Dengan Orang Yang Sama Berkali-Kali’ – Shuk Sahar Akui Tak ‘Happy’

Nak jual rumah

@mikha.ukasyah Dugaan seorang artis#rajalawak#hotfm#fyp#statuswa#treding#xyzbca#tiktokviral#youtube#youpage ? bunyi asal – mikha.ukasyah

Selepas kontrak sebagai penyampai radio ditamatkan, Shuk sibuk menguruskan perniagaan minumannya. Terbaru, Shuk, 35, mendedahkan dia mengalami kesempitan kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Justeru, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar nekad untuk menjual kediaman miliknya yang terletak di Denai Alam dengan harga 1.2 juta.

Saya nak jual rumah saya dekat Elmina Ferrea dengan harga 1.2 juta. Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan.

Untuk saya mulakan buat perkara baru.. sebab itu perlukan duit. Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh DM saya.

Video Shuk berkongsi perkara tersebut menjadi viral di Tiktok selepas netizen memuat naik di platform itu.

Aniaya isteri rezeki sempit

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Shuk untuk mencontohi penyanyi Aliff Aziz yang berbaik dengan isterinya, Bella Astillah selepas beberapa kali kantoi curang.

Dalam pada itu, ada segelintir pengikut yang berharap agar pelakon filem Adnan Sempit 2 berubah dan menjadi seorang lelaki yang setia dengan isteri tercinta.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Sumber: Tiktok @mikha.ukasyah

↧

Bapa Durjana Tergamak Rogol Dua Anak Kandung Berusia 7 & 5 Tahun Sehingga Meninggal Dunia

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Seorang bapa berusia 33 tahun telah ditahan polis selepas dipercayai merogol dan mendera dua orang anak kandungnya yang masih kecil. Lebih mengejutkan apabila mengetahui salah seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia.

Seorang mangsa meninggal dunia

Memetik laporan Kompas.com, suspek yang berasal dari Maluku, Indonesia dipercayai merogol dua anak kecilnya yang baru berusia tujuh dan lima tahun. Susulan daripada insiden tersebut, mangsa yang berusia lima tahun itu disahkan meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Pulau Buru AKBP Egia Febri Kusumawiatmaja, semasa soal siasat, suspek mengaku telah menjadikan kedua-dua mangsa sebagai pemuas nafsunya sejak dari tahun 2020 lagi. Tidak terhenti di situ, suspek mendakwa dia telah merogol kedua-dua anak kandungnya dalam satu masa iaitu ketika dirinya berada di bawah pengaruh alkohol.

Bukan itu sahaja, suspek tergamak mengugut kedua-dua mangsa supaya ‘mengunci’ mulut mengenai perkara tersebut. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Perbuatan jijik itu akhirnya terbongkar dan suspek berjaya ditahan oleh pihak polis. Jika sabit kesalahan, suspek akan dijatuhi hukuman mati.

Sumber: Kompas

↧
↧

Ejen Ali The Movie Cipta Sejarah Bakal Ditayangkan Di 25 Pawagam Di Republik Uzbekistan

$
0
0

Primeworks Studios dan WAU Animation hari ini mengumumkan tayangan filem animasi pecah panggung Malaysia, EJEN ALI THE MOVIE di Republik Uzbekistan pada 15 Februari 2022. Buat julung kalinya, filem fenomena animasi Malaysia ini telah mencipta sejarah menjadi filem cereka pertama alih suara dan dilokalkan di Uzbekistan yang akan ditayangkan di lebih 25 pawagam di tujuh bandar di seluruh negara.

Alih suara bahasa Uzbek dan Rusia

Tayangan EJEN ALI THE MOVIE di pawagam Uzbekistan dimeterai dengan kerjasama AMEX MEDIA selaku rakan strategik di Commonwealth of Independent States (CIS) dan wilayah Rusia, juga dengan usahsama dengan World Pictures selaku pengedar filem tempatan di Uzbekistan. EJEN ALI THE MOVIE menjadi filem bukan tempatan yan pertama dialih suara ke bahasa Uzbek dan Rusia berbanding filem-filem asing sebelum ini yang hanya di alih suara ke bahasa Rusia.

Inisiatif ini menjadikan EJEN ALI THE MOVIE lebih mudah diakses oleh masyarakat dan penonton Uzbek, memandangkan kepadatan penduduknya melebihi 36 juta orang dan kurang daripada 30% yang hanya boleh bertutur dalam bahasa Rusia. Pada tahun 2020, AMEX MEDIA telah menyiarkan dua musim siri TV Ejen Ali dalam bahasa Rusia dan membawanya kepada penonton platform video atas permintaan (VOD) paling popular di CIS; IVI, OKKO, KION, WINK, MEGAFON, PREMIER.

Animasi popular

EJEN ALI kini menjadi salah satu daripada jenama animasi popular Asia yang telah berjaya meraih lebih dari 2 juta penonton di TV3 serta mempunyai lebih 3 juta pengikut di laman rasmi YouTube. Sejak tayangan pertama siri Ejen Ali di Malaysia pada tahun 2016, animasi ini telah menarik minat beberapa stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk di rangkaian Netflix, Disney+ Hotstar, Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV di Indonesia dan AlMajeed TV di Timur Tengah dan Afrika Utara. Filem fenomena animasi ini juga telah berjaya meraih kutipan RM30 juta (USD8 juta) dan menduduki carta teratas filem pecah panggung pada tahun 2019 dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia.

Layari YouTube rasmi Ejen Ali (www.youtube.com/ejenali), untuk melihat teaser trailer pertama Ejen Ali Musim 3. Pra-jualan untuk Ejen Ali Musim 3 kini boleh didapati di pelbagai platform dan beberapa wilayah di seluruh dunia. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil jualan pengedaran Primeworks Studios kami yang berdedikasi melalui e-mel di contentdistribution@mediaprima.com.my .

Ejen Ali Misi: Juang, Ejen Ali The Movie dan Ejen Ali musim 1 and 2 boleh di strim sekarang di Disney+ Hotstar!

↧

Anak ‘Derhaka’ Jual Perabut & Atap Rumah Demi Beli Hadiah Buat Kekasih

$
0
0

Foto: Tribun News

Seorang lelaki dikenali sebagai Dwi Rahayu Saputro dari Srihardono, Indonesia dipercayai sanggup menjual perabot dan atap rumahnya bagi membeli hadiah buat kekasih tersayang.

Difahamkan dia sebelum ini pernah tular dek tindakan tersebut dan lelaki berusia 25 tahun ini didakwa mengulangi kesilapan yang sama.

Demi kekasih tersayang

Foto: Radarbanyumas

Menerusi laporan media tempatan, ibu kepada lelaki ini dikenali sebagai Paliyem menjelaskan anaknya kembali kepada perangai lama selepas dia menarik balik laporan yang dibuat terhadapnya pada 11 Januari yang lalu.

Dakwa wanita ini lagi, selang tiga hari selepas laporan ditarik (14 Januari) anaknya bertindak menjual perabot rumah mereka.

Bukan itu sahaja, lelaki ini dikatakan turut menjual meja, kerusi, almari baju serta dapur gas pemberian Ketua Daerah Bantul, Abdul Halim Muslih.

Apa yang menyedihkan saya, Dwi turut meminta saya menjual beras yang disumbang jabatan kebajikan atas alasan memerlukan duit.

Dia sanggup tampar muka saya dengan kasut kerana enggan mengikuti kemahuannya. Saya ini ibunya, kenapa dia lakukan begini pada saya?

Sama sekali tak akan tarik laporan

Susulan daripada itu, wanita ini akhirnya membuat laporan polis dan menegaskan dia sama sekali tidak akan menarik semula laporan yang dibuat seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

Saya tidak akan tarik balik laporan ini kerana sikapnya semakin melampau. Saya harap polis akan tangkap Dwi dan kekasihnya.

Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat lelaki ini yang bertindak memohon maaf kepada ibunya selepas satu laporan polis dibuat.

Sumber: Tribun News & Radarbanyumas

↧

CCTV Hantar Mesej Ada ‘Pergerakan’ Dalam Rumah, Rupanya Kerja Pak Guard Taman.. Siap Whatsapp Tanya Dekat Mana

$
0
0

Seorang wanita di Facebook, berkongsi detik-detik yang tidak akan dilupakan apabila rumah kediaman miliknya dimasuki seseorang yang dikenali. Kejadian berkenaan berlaku pada 10 Februari lalu kira-kira jam 12.14 pagi ketika dia dan anak-anaknya tiada di rumah.

Security guard ceroboh masuk

Kisahnya bermula apabila wanita berkenaan yang dikenali sebagai Yuyun Nissa mendapat satu notification menerusi telefon bimbitnya yang mengatakan CCTV di dalam rumahnya mengesan pergerakan.

Apa yang mengejutkan, dia melihat pengawal keselamatan di kawasan perumahan miliknya itu menceroboh masuk serta dilihat sedang berkeliaran di dalam rumah.

Yuyun tak sampai rumah lagi masih kat luar on the way nak balik dari pergi makan. Tiba-tiba dapat notification CCTV dari dalam rumah ‘motion detected’ asyik ‘blink’ je terus buka tengok live CCTV.

Allahuakbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah Yun. Lelaki tu macam familiar sangat sekali tengok baju dia pakai.. Oh no! Kenal sangat. Rupanya security guard perumahan Yuyun. Dia asyik berkeliaran dalam rumah naik turun siap buka baju semua.

Lebih menakutkan lagi apabila individu berkenaan sempat menghubunginya dengan menggunakan WhatsApp Call untuk bertanya di mana keberadaan wanita tersebut.

Ujarnya lagi, motif pengawal keselamatan berkenaan memasuki rumahnya bukanlah ingin mencuri mahupun merompak, namun dia mengatakan lelaki tersebut memang mencarinya dan mempunyai niat yang tidak baik.

Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai tak tahu lah macam mana dia boleh masuk dari mana. Sebab CCTV cuma dapat detected kat ruang tamu je. Kita terus cepat-cepat call kakak dan abang ipar suruh pergi tengokkan rumah (rumah kakaksebelah lorong je dekat).

Baju kerja tertinggal kat sofa

Namun, ketika abang iparnya sampai ke rumah, lelaki terbabit bertindak melarikan diri sehingga baju kerjanya tertinggal di atas sofa di ruang tamu. Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menangkap individu berkenaan dan rupa-rupanya lelaki tersebut pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Alhamdulillah Yuyun bersyukur sangat-sangat Allah masih perlihara & lindungi Yun dan anak-anak. Tak dapat bayangkan kalau Yun ada kat dalam rumah dengan anak-anak semua.

Yun salute dengan Polis Johor sangat cekap dan cepat buat tangkapan. Apa-apa pun Yuyun bersyukur tak ada apa-apa berlaku dan cuma nak ingatkan korang walaupun kita duduk dalam perumahan yang ada security guard belum tentu rasa selamat. Sentiasa berjaga dan berhati-hato tau korang.

Difahamkan, kes tersebut masih dalam siasatan dan wanita berkenaan meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Siap sempat cas phone

Sumber : Yuyun Nissa

↧
↧

Tips Anak Membesar Dengan Sihat & Bijak, Jom Ikuti Mereka Ini Di Program Bual Bicara ‘Borak Mak-Mak’!

$
0
0

Para ibu ni, dari hari pertama dapat tahu mereka hamil sehinggalah anak dah pandai berjalan dan seterusnya, mereka akan sentiasa cari tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh demi mahukan yang terbaik untuk kesayangan. Paling penting, sebagai seorang ibu mestilah nak anak-anak membesar dengan sihat dan kekal aktif kan? 

Terbaharu, program bual bicara ‘Borak Mak-Mak‘ yang dibawakan khas oleh Simillac Intelli Pro, dikendalikan oleh pengacara berpengalaman Fiza Saad pada  4 episod pertama dan juga pelakon terkenal Amyra Rosli bagi episod yang seterusnya. Ia bakal bersua dengan para penonton semua di TV3 selama 10 episod.

Ha
ada pelbagai info dan tips yang akan dikupas buat para ibu dan bakal ibu di luar sana tau!

Memaparkan topik-topik yang menarik!

Selama 10 episod yang bakal ditayangkan, program ini akan memaparkan topik tersendiri yang bakal disentuh oleh pakar kesihatan, artis dan juga influencer, dimana para ibu dan bapa semua perlu ambil tahu serta praktikkan demi perkembangan minda anak-anak. Antaranya adalah:

Topik general

  • Episod 1: Smart Mind, Smart Heart
  • Episod 2: Pengurusan Masa: Children vs Career
  • Episod 3: Nutrition Story
  • Episod 4: Aspirational Kid’s Moment
  • Episod 5: Kepentingan Nutrisi Terhadap Perkembangan Anak.
  • Episod 6:  Kepentingan Peranan Seorang Bapa

Topik Ramadan

  • Episod 7: Puasa untuk Si Cilik
  • Episod 8: Hidupkan Ramadhan Bersama Keluarga

Topik Raya

  • Episod 9: Aktiviti Raya bersama anak-anak dengan Norma Baharu
  • Episod 10: Karenah Pagi Raya

Nampak menarik je topik bagi setiap episod tu kan! Kalau korang nak tahu, salah satu tujuan program ini juga adalah untuk memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk para ibu dalam berusaha memastikan minda dan IQ anak kekal cerdas dan semangat meskipun dalam keadaan norma baharu.

Dibawakan khas oleh Similac Intelli Pro!

Mesti ramai yang tertanya, pemakanan atau makanan tambahan penting atau tak bagi anak-anak yang sedang membesar? Jawapannya ya! Ini kerana kesedaran terhadap kepentingan nutrisi amat penting terhadap perkembangan mereka. Jadi, sebab tulah program ini dibawakan khas oleh Similac Intelli Pro!

Ia merupakan susu rumusan kanak-kanak yang mengandungi adunan Minyak Sayuran Unik (UVOB) yang diperkaya dengan bahan semulajadi seperti minyak bunga matahari oleic tinggi, minyak kacang soya dan minyak kelapa.

Banyak juga kelebihan yang terdapat dalam susu Similac Intelli Pro ni. Antaranya, ia akan memberikan penyerapan nutrisi yang optimum bagi menyerap nutrisi utama seperti DHA, Lemak, Vitamin A, Kalsium, Omega 3 dan 6. Memang nutrien ni semua penting untuk perkembangan kognitif dan pembesaran kanak-kanak!

Jangan lupa untuk tonton program ini!

Jadi, kalau korang nak tau lebih lagi mengenai kebaikan susu Similac Intelli Pro serta tips, info dan perkongsian menarik, jangan lupa untuk saksikan program bual bicara ‘Borak Mak-Mak’ di WHI setiap hari Khamis, jam 12 tengahari di TV3.

Selain itu, jangan lupa tau untuk sertai peraduan #MamaSemangat dan menangi stok SimilacÂź Intelli-ProÂź PERCUMA untuk setahun!

↧

Korang Sekeluarga Hebat Memasak? Jom Sertai Uji Bakat ‘Terpaling Masak’ Program Terbaharu Di TV9!

$
0
0

Korang sekeluarga hebat memasak? Jom sertai uji bakat program realiti masakan terbaharu di TV9 iaitu ‘Terpaling Masak’. TV9 mencari pasangan berumur 18 tahun dan ke atas, mempunyai ikatan keluarga, pandai memasak, petah bercakap dan berperwatakan menarik. Kalau korang ada semua kriteria yang dicari, jom sertai uji bakat sekarang!

Cara-cara penyertaan

  • Rakam aksi kumpulan korang sedang menyediakan hidangan istimewa berdurasi 3 minit.
  • Muat naik video uji bakat korang di ruangan yang disediakan di dalam borang penyertaan.
  • Korang juga boleh kongsi video uji bakat di Facebook, Instagram atau YouTube dengan menggunakan #terpalingmasakTV9 dan tag @tv9malaysia. Pastikan akaun atau video korang dalam tetapan umum dan lengkapkan borang penyertaan.
  • Hanya penyertaan yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak produksi.

Tips video uji bakat

  • Mulakan video uji bakat dengan sesi pengenalan diri daripada kumpulan korang.
  • Ceritakan tentang hidangan istimewa yang disediakan dan tunjukkan cara-cara penyediaan.
  • Korang juga boleh kongsikan apa sahaja yang menarik tentang kumpulan korang atau juadah paling istimewa yang boleh disediakan.
  • Digalakkan untuk bercakap menggunakan Bahasa Melayu.
  • Jangan lupa untuk bergembira dan menjadi diri sendiri. Ini tips yang paling penting okay!

Jadi, korang semua tunggu apa lagi? Inilah peluang dan masanya untuk tunjuk skill memasak korang di kaca televisyen. Untuk korang yang berminat dan mahu sertai uji bakat ‘Terpaling Masak’, uji bakat ini dibuka mulai 1 Februari yang lalu sehingga 28 Februari ini.

↧

Belanja Video Mandi Buih, Janna Nick Cakap Imaginasi Netizen ‘Over’–‘Mata Orang Gatal Memang Macam Tu’

$
0
0

Pelakon dan pengacara Janna Nick sering mencuri tumpuan ramai di media sosial. Biarpun dikritik dan dihentam, Janna tetap ‘cool’ dan tidak pernah mempedulikan tanggapan masyarakat.

Berendam dalam buih sabun

Terbaru, Janna sekali lagi mengundang kecaman apabila memuat naik sebuah video berendam dalam â€˜bathtub’.

Rakaman tersebut menampakkan wajah Janna, 26, yang dipenuhi dengan buih sabun sambil dirinya menyanyikan lagu terbaru, Gatal.

Video yang asalnya daripada Tiktok itu dikongsikan semula di Instagram (IG) miliknya dengan kapsyen ‘jangan gatal ok.’

Ampunkan dosa kami

Seperti yang dijangka, ternyata perkongsian itu kurang disenangi pengikutnya sehingga ramai yang meninggalkan pelbagai komen.

Rata-rata mula menjadi ustazah dan ustaz ‘segera’ dalam menasihati pelakon tersebut. Biarpun ramai yang tazkirah, ada juga pengikut yang mempertahankan pelakon drama Melastik Ke Hatimu.

Baru dalam bathtub, setakat nampak muka, kepala, rambut dan jari. Bukannya telanjang bulat. Ada kamu nampak dia bogel dalam bathtub tu? Memang mata saya saja yang buta sebab nampak buih sabun ja banyak.

Pemilik nama Nurul Jannah Munir turut membalas komen tersebut.

Terima kasih. Mata orang gatal memang macam tu. Imaginasi terlebih.

Sumber: Instagram @jannanick

↧

[VIDEO] Patah Hati Ditinggalkan Kekasih, Pemuda Nekad Kurus Ubah Diri 360 Darjah Macam ‘Oppa’

$
0
0

Ditinggal kekasih boleh menyebabkan seseorang itu berasa sedih dan kecewa. Tapi apa yang paling pedih apabila hubungan itu terputus di tengah jalan hanya disebabkan berat badan seseorang itu berlebihan.

Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki di Indonesia apabila dia dikecewakan hanya kerana penampilan serta berat badannya berlebihan.

Dulu gemuk, sekarang handsome

Menerusi video yang dimuat naik oleh Oddi di TikTok, memaparkan pemuda berkenaan menunjukkan perbezaan dirinya yang dahulu berbadan besar dan kini kelihatan begitu kacak sekali.

Penampilan itu menguntungkan. selalu hanya gadis cantik je yang akan di pilih menjadi nombor 1. Jadi tengok lah diri saya yang sekarang ni.

Dalam pada itu, jejaka berkenaan turut berkongsi satu video yang dipercayai ditujukan kepada para gadis yang pernah meninggalkan dirinya.

Lebih menarik lagi apabila Oddi turut berkongsi tips diet yang diamalkan olehnya untuk menurunkan berat badan sehingga dia tampil dengan lebih bergaya.

Ujarnya, pada waktu pagi dia hanya meminum air putih dan tidak akan bersarapan kerana tidak biasa makan pada waktu pagi sejak dari kecil lagi. Manakala pada waktu tengah hari, dia akan memakan sayur-sayuran dan ikan sahaja. Pada waktu malam pula, dia hanya memakan buah-buahan selepas melakukan aktiviti senaman.

Elakkan makanan ringan, minuman bersoda, minuman beralkohol , makanan atau minuman manis, masin dan berminyak.

Tak ada yang mudah. semuanya perlukan usaha. Konsisten ni bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan dan kesihatan diri sendiri juga.

Video berdurasi 25 saat itu meraih lebih 14 juta tontonan dan mendapat lebih satu juta komen di TikTok.

Video penuh

@thisisds_?? Fortune Cookie in Love ( Fortune Cookie Yang Mencinta) – JKT48

@thisisds_ Reply to @untukpvn udah yah guys, yuk pada semangat hidup sehatnya untuk diri sendri ????? #fyp #foryoupage #foryou #xyzbca #tipsdiet ? WAP – Ziplock Domo

Sumber : thisisds_

↧
↧

Nota Cinta Si Nenek Pertemukan Zain & Alisa, Memang Sweet Habis!

$
0
0

Setiap orang mesti ada pengalaman tersendiri bila terkait hal cinta kan? Tak kisahlah ianya indah, kelakar atau meninggalkan luka sekalipun tapi mesti ramai yang setuju kalau hidup dorang lebih bermakna bila ia dihiasi kisah cinta.

Macam tu jugalah kisah si Alisa yang tekad untuk membawa diri dari ibu sendiri sebab ibunya jenis yang tak percaya akan cinta.

Tapi kejap siapa Alisa ni? Haa.. Alisa sebenarnya adalah watak yang dibawakan Sharifah Rose dalam drama TV3 terbaru terbitan Orangetree bertajuk 3 Nota Cinta!

Ni bukan cerita cinta tipikal tau!

3 Nota Cinta menggandingkan Sharifah Rose dan Ashraf Muslim sebagai teraju utama. Amacam? Teruja tak bila tahu Ashraf Muslim antara pelakon utama? Jangankan korang kami sendiri pun excited sebab rasanya dah lama kita tak tengok Ashraf Muslim membintangi drama bersiri kan?

Dalam 3 Nota Cinta ni Ashraf memegang watak sebagai Zain yang membantu Alisa menterjemah nota cinta milik neneknya.

Ceritanya nota-nota cinta ni dulu ditujukan khas buat nenek Alisa dalam bahasa jawi tapi sekarang Alisa pula yang nak tahu akan isi kandungan nota tersebut untuk dijadikan panduan bagi mencari cinta sejati sekaligus menyangkal tanggapan ibu Alisa yang tak pernah sependapat dalam hal cinta ni.


Tapi macam mana agaknya Zain boleh mula kenal Alisa ni dan dapat ke mereka buktikan pada Ibu Alisa yang cinta sejati sebenarnya wujud? Kalau nak tahu korang kena lah tengok sendiri geng. Takkan semua benda kami nak cerita kat sini, tak bestlah kan.

Apa yang kami jamin 3 Nota Cinta ni bukanlah kisah cinta klise yang mudah untuk korang agak jalan ceritanya. Ia sarat dengan pelbagai konflik termasuklah konflik keluarga diantara Alisa, ibu dan adik-beradik Alisa.

3 Nota Cinta turut dibintangi Afifah Nasir, Salina Saibi, Zila Bakarin, Muaz Fitri, Jasper Supayah, Jalaludin Hassan dan Aznah Hamid. Bermula 14 Februari nanti korang boleh layan 3 Nota Cinta jam 7 malam di slot Akasia TV3 atau pada hari yang sama jam 8 malam di iQiyi!

Ahli VIP antara yang terawal dapat tonton drama ni di iQiyi!

Istimewa untuk ahli VIP iQiyi korang berpeluang untuk strim 3 Nota Cinta dalam masa sejam sahaja selepas siaran TV tau! Untuk ahli biasa pula korang masih boleh menonton kandungan ni secara percuma selepas tempoh 48 jam.

Tapi geng apa kata korang langgan je iQiyi VIP terus sebab bulan pertama langganan korang hanya perlu bayar RM1.90 je! Murah teruk kot!

Sebagai ahli VIP korang bukan je dapat akses awal untuk strim kandungan terpilih tapi korang juga dapat tonton kandungan di iQiyi dalam Full HD (Blu-ray 1080P) dengan sistem bunyi Dolby Atmos! Terus feeling macam tengok wayang ya!

Paling best korang boleh skip iklan! Jimat masa geng korang boleh terus tengok kandungan pilihan korang tanpa sebarang gangguan.

iQiyi  boleh dimuat turun melalui App store dan juga Google Play Store ataupun korang boleh terus ke laman web rasmi mereka di SINI.

Selamat menonton!

↧

Lelaki ‘Kantoi’ Beli Durian Guna Duit Palsu Dikenakan Hukuman Penjara 3 Tahun

$
0
0

Seorang lelaki di Jakarta, Indonesia dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun selepas didapati bersalah membeli durian menggunakan duit palsu.

Ditangkap orang awam

Gambar sekadar hiasan

Majlis Hakim Pengadilan Negeri Medan yang diketuai Martua Sagala menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh didapati bersalah mengedarkan duit palsu. Lelaki yang dikenali sebagai Rangga itu didakwa menggunakan duit palsu ketika membeli durian pada 23 Ogos 2021 di Medan Sunggal, Medan.

Menurut laporan CNN Indonesia, Polis dikerah ke lokasi kejadian selepas orang ramai menangkap Rangga yang ‘kantoi’ membuat pembelian menggunakan duit palsu. Dia telah menggunakan sekeping duit kertas palsu bernilai 100,000 rupiah (RM29) dan tiga keping duit bernilai 10,000 rupiah (RM2.90).

Ketika disoal tentang duit palsu tersebut, Rangga memberitahu kesemua duit palsu itu diberikan oleh seorang peniaga yang tidak dikenali. Tertuduh ditahan mengikut artikel Pasal 36 Ayat (3) Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2011 mengenai mata wang, dan keputusan hakim selaras dengan tuntutan pendakwa raya yang menuntut Rangga dipenjara selama tiga tahun.

Sumber: CNN Indonesia

↧

Puas Hati Dengan Solekan Kahwin, Pengantin Tak Kisah Bayar MUA RM14k!

$
0
0

Menjadi pengantin paling cantik ketika di majlis perkahwinan adalah suatu perkara yang paling diingini oleh setiap pengantin perempuan. Meskipun harga untuk mengambil perkhidmatan make up artist (jurusolek) mahal, namun ada sesetangah pengantin yang sanggup membayarnya demi hasil yang menakjubkan.

Bayar MUA RM14,619

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Tasya Revina di TikTok, mendedahkan bahawa dia sanggup membayar RM14,619 semata-mata ingin mendapatkan solekan yang paling sempurna.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan jurusolek berkenaan menggunakan warna blusher yang tidak terlalu ‘kuat’ untuk menaikkan seri wajah pengantin perempuan berusia 26 tahun itu.

Make up resepsi harga RM14,619 tapi memang puas hati betul.

Setelah berpuas hati dengan solekan berkenaan, pengantin tersebut kemudiannya membayarkan jurusolek tersebut secara tunai tanpa meminta diskaun.

Wedding make up untuk Tasya Revina RM14,619 dibayar cash tanpa tawar-menawar.

Video penuh

@tasyarev I love ce @imelvilentciaandteam ? Doraemon Kucing Langka by Marion Jola – Marion Jola

@imelvilentcia Wedding makeup for @tasyarev ? I’ll Be There For You – vanesa.

Sumber : tasyarev, imelvilentcia

↧

Pelajar 9 Tahun Buat Protes Beramai-Ramai Selepas Kantin Sekolah Berhenti Sediakan Susu Coklat –‘Kembalikan Susu Coklat Kami!’

$
0
0

Kerap kali aktiviti protes ataupun perhimpunan aman dilakukan sesebuah kumpulan apabila mereka ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesebuah isu. Namun, siapa sangka, sekumpulan pelajar sekolah rendah berumur sembilan tahun membuat protes selepas susu coklat dikeluarkan daripada menu makan tengah hari.

‘Kami mahu susu coklat!’

Foto: Cleveland19

Sekumpulan pelajar sekolah rendah di California, Amerika Syarikat dilaporkan membuat protes selepas menu kegemaran mereka, susu coklat tidak lagi disediakan pada waktu makan tengah hari selepas pegawai nutrisi daerah membuat keputusan bahawa kandungan gula di dalam minuman tersebut tidak sihat.

Jelas pelajar yang terkesan dengan ketiadaan susu coklat ini, mereka akan membuat apa sahaja bagi menyampaikan isu tersebut kepada pihak atasan. Mereka dilihat berkumpul dan membuat protes di perkarangan sekolah sambil membawa sepanduk dan kain rentang.

Kami mahu susu coklat!

Kembalikan susu coklat kami!

Apa yang kita mahu? Susu coklat!

Protes mereka berakhir dengan pihak atasan ‘menyerah’ selepas mendengar luahan hati kumpulan kanak-kanak itu dan bersetuju untuk menjual susu coklat semula, namun hanya sekali dalam seminggu. Ketua kumpulan protes tersebut yang juga pelajar sembilan tahun, Jordan Reed berkata, dia bangga dengan usahanya yang membuahkan hasil.

Saya bangga, saya dapat kembalikan semula satu benda yang semua orang mahukan.

Sumber: Washington Post

↧
↧

Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta ‘Clash’

$
0
0

Seorang wanita di Toledo, Ohio, Amerika Syarikat berdepan detik mendebarkan apabila bekas teman lelakinya bertindak agresif mengintai tingkap biliknya pada waktu malam selepas dia memberitahu ingin memutuskan hubungan.

‘Saya datang nak tanya khabar kamu’

Menerusi rakaman video yang dikongsikan mangsa yang dikenali sebagai Madison di laman Tiktok, wanita itu menggigil ketakutan apabila bekas teman lelakinya bertindak mengintai ke dalam biliknya melalui tingkap dan meminta untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah. Sebelum kejadian, mangsa telahpun dihalau keluar dari rumah dengan bantuan pihak polis.

Menurut kenyataan polis bandar Toledo, pihak mereka menerima panggilan berkenaan satu pergaduhan di sebuah premis pada 23 Januari lalu. Madison pada ketika itu mengunci dirinya di dalam bilik air selepas lelaki itu didakwa mengetuk pintu dengan kuat. Polis kemudian berjaya menghalau lelaki tersebut yang disahkan pesalah seks berdaftar.

Bagaimanapun pada jam 3 pagi, lelaki itu kembali ke rumah tersebut dan mengintai Madison melalui tingkap bilik dan merayu untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah wanita itu dengan alasan dia hanya datang untuk bertanya khabar.

Boleh awak benarkan saya masuk?

Saya keluar dan datang ke sini untuk bertanya khabar awak.

Turut didengari menerusi klip berdurasi 36 saat itu lontaran kata-kata kesat daripada lelaki itu yang berang tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Tambah Madison, dia telah berada di dalam situasi yang sama hampir 2 tahun dan sudah tiba masanya hubungan mereka dihentikan.

‘Tabung kilat’ bantu Madison betulkan tingkap

Gambar sekadar hiasan

Video tersebut yang tular di Tiktok mendapat perhatian ramai pihak yang prihatin terhadap nasib Madison dan mereka berjaya mengumpul dana melalui ‘GoFundMe’ bagi membolehkan wanita itu membaiki semula tingkap yang rosak, dan memasang sistem penggera keselamatan pada tingkap di rumahnya.

Dalam pada itu, Madison berkata, waran tangkap telahpun dikeluarkan terhadap bekas teman lelakinya dan dia kini sedang menunggu pihak berkuasa menahan lelaki tersebut sebelum membawa kes ini ke mahkamah.

Video penuh

@madmaddie6

When will it end ? time to try and fix my windows. No one deserves this. #narcissist #GiveWithAllYourHeart #RufflesOwnYourRidges

? original sound – Madison ?

Sumber: The Sun

↧

Pendengar Bertuah Molek FM Bawa Pulang Nissan Navara

$
0
0

Siapa sangka rezeki pendengar bertuah Mohd Zawawi bin Ismail dari Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu yang berjaya memenangi RM100 dan sebuah Nissan Navara serba baharu pada pusingan terakhir cabaran Lagu Molek Navara selepas berentap bersama 79 peserta yang lain. Tahniah!

Artikel Berkaitan: Mat Dan, Fizie & Mek Zura Penyampai Radio Molek FM

Artikel Berkaitan: Molek FM Saluran Radio Terbaru Buat Warga Pantai Timur Bermula Januari 2022 – ‘Gu Pantai Timur’

Bawa pulang Nisa Navara

Peraduan Lagu Molek Navara dilancarkan bersempena pelancaran Molek FM berjaya menarik 80 peserta bagi merentap hadiah utama sebuah trak pikap baharu, Nissan Navara. Mereka (80 pendengar bertuah) berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Lagu Molek Navara setelah menjadi pemanggil terpantas dan memberikan tagline Molek FM iaitu Gu Pantai Timur kepada barisan penyampai Molek FM ketika kempen ini berlangsung.

Ujar pemenang, dia sebelum ini mula mendengar Molek FM ketika siaran percubaan sedang dijalankan sebelum berjaya mendapat akses ke Grand Finale Lagu Molek Navara menerusi segmen Molek 10-3 bersama Izzul.

Alhamdulillah, semua ni rezeki anak-anak, saya menjadi orang yang terakhir berjaya membuka kunci di replika Nissan Navara menerusi cabaran yang terakhir. InshaAllah saya akan terus menyokong Molek FM dan menjadi pendengar setia.

Sebelum membawa pulang trak baharu, para peserta perlu menempuh tiga cabaran di Grand Finale Lagu Molek Navara. Cabaran pertama adalah cabaran membuka kotak misteri dengan kunci yang betul. Bagaimanapun, ketika sesi ini berlangsung hanya 30 peserta yang layak menuju ke peringkat seterusnya.

Seterusnya bagi cabaran kedua para peserta perlu membuka replika pintu dengan menggunakan kunci yang betul di mana peserta sendiri perlu memilih kunci berkenaan secara rawak. Namun, sesi ini hanya melayakkan 10 peserta sahaja ke pusingan akhir sebelum membawa pulang hadiah utama.

Cabaran terakhir akan menentukan siapakah di antara 10 peserta yang berjaya membuka replika pintu Nissan Navara dan sekali gus bergelar juara.

Nantikan kempen menarik

 

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pendengar Molek FM dan akan berusaha memberikan pelbagai kejutan dan juga penghargaan kepada pendengar terutamanya buat mereka yang berada di Pantai Timur, sekali gus mengumpul jumlah pendengar setia dan membina komuniti Molek FM.

Tahniah kepada Mohd Zawawi bin Ismail kerana telah berjaya membawa pulang sebuah Nissan Navara serba baharu di Grand Finale Lagu Molek Navara.

Nantikan kempen menarik antaranya Cek Mek Molek FM yang mencari penyampai radio baharu di Molek FM dan banyak lagi.

Kempen Cek Mek Molek FM yang bermula pada 13 Februari 2022 (semalam), mencari bintang radio yang bakal menyertai keluarga besar Molek FM yang dibarisi oleh Mek Zura, Fizie, Izzul, Mat Dan & Kai Hassan. Apa yang lebih menguntungkan apabila juara Cek Mek Molek FM bakal memenangi kontrak bernilai lebih RM30,000 bersama Molek FM.

Jadi tunggu apa lagi, korang jangan lepaskan peluang untuk dengarkan Molek FM menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu serta secara live streaming di MolekFM atau YouTube.

Bukan itu sahaja, kalau korang nak dapatkan latest update terkini Molek FM jangan lupa untuk terus follow di platfom FacebookInstagramTwitter dan YouTube.

↧

Mia Sara Tak Ada Hubungi, Puteri Balqis Enggan Simpan Dendam –‘Saya Okey Untuk Bekerjasama Selepas Ini’

$
0
0

Baru-baru ini, perselisihan faham di antara dua pelakon muda berbakat besar iaitu Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha menjadi bualan ramai di media sosial. Enggan berlanjutan, Balqis tampil memohon maaf kepada Mia Sara di Instagram (IG) miliknya.

Artikel Berkaitan: Mia Sara Dakwa Tiada Didikan Islamik, Puteri Balqis Naik Angin – ‘Pakai Tudung Tak Beri Anda Akses Percuma Untuk Bercakap Buruk!’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aqish & Ibu Buat Hal Sendiri, Kami Tak Kacau Orang’ – Puteri Balqis Buat Permohonan Maaf Kepada Mia Sara

Tak nak masuk campur lagi

Ketika ditemui OhBulan!, Balqis melahirkan rasa lega apabila dia sudah meluahkan segalanya yang terpendam di media sosial.

Saya sudah minta maaf dan luahkan semua di media sosial. Kalau boleh tak nak masuk campur lagi dalam hal begini.

Saya rasa lega dapat apabila dapat luahkan semuanya. Sekarang saya okey sahaja.. sibuk dengan kerja dan tulis puisi.

Balqis ditemui ketika majlis pelancaran filem Rumah yang diadakan di Petaling Jaya, pada petang Isnin.

Ditanya sama ada Mia Sara, 16, ada menghubunginya selepas insiden tersebut, kata Balqis, 14, tidak ada langsung.

Tambah pemilik nama Puteri Balqis Azizi, sejak awal lagi dia tidak rapat dengan Mia Sara kerana lebih pada ‘dunia’ sendiri.

Saya okey

Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 menyatakan dia bersikap profesional sekiranya penerbit, Datuk Ayu Puteh ingin menggabungkan mereka berdua dalam satu karya.

Sebenarnya benda itu (gandingkan Balqis dan Mia) secara tiba-tiba baru cakap. Saya tak tahu nak rasa apa. Jadi, saya rasa kalau ada masa boleh, kalau tak ada saya minta maaf.

Tak ada masalah untuk saya bekerjasama dengan Mia. Saya pun dah minta maaf dan dia jangan buat lagi. Saya harap selepas ini semua okey.

Terdahulu, timbul perbalahan selepas Mia Sara menjawab pertanyaan netizen dan mendakwa tidak semua orang (merujuk kepada Balqis) dibesarkan dengan keluarga yang beragama dan tidak boleh menyalahkan Balqis.

Berikutan daripada itu, Balqis yang kecewa dengan dakwaan tersebut tampil dengan kenyataan menempelak Mia Sara kerana bersikap sedemikian.

↧

2 Beradik Maut Makan Sisa Sampah Selalu Dapat Makanan Daripada Penduduk Kampung

$
0
0

Sebelum ini, media melaporkan dua beradik warga Myanmar dipercayai maut selepas makan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di Langkawi.

Ramai yang berduka cita dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan: Dua Beradik Berusia 4 & 2 Tahun Maut Selepas Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah

Faktor kemiskininan bukan punca

Foto: Sinar Harian

Terbaru menerusi laporan Sinar Harian, faktor kemiskinan didakwa bukan punca utama mereka (kanak-kanak warga Myanmar) makan sisa makanan tersebut. Ujar peniaga kedai makan berhampiran kawasan tersebut, Paksu Kassim menjelaskan kanak-kanak tersebut sama sekali tidak mempunyai masalah bagi mendapatkan makanan.

Ayah mereka kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang membaiki bot.. dia juga tangkap ketam
 kadang-kadang dia tinggal anak-anak di rumah jiran-jiran untuk jaga.

Dapat hasil tu dia bagilah anak-anak dia makan
 tapi kita (penduduk kampung) pun kesian juga kita pun tolong. Kita bagi sumbangan yang kita mampu.

Dakwanya lagi, mereka berada dalam keadaan yang sihat dan cukup makan serta turut mendapat makanan daripada orang ramai.

Kadang-kadang saya bagi beras, bagi susu, sini saya berniaga roti canai
 kadang saya kuih-kuih, roti canai. sampai budak tu pun tak larat makan

Sumber: Sinar Harian

↧
↧

Dituduh Malu Nak Kongsi Foto Suami, Shima Anuar Bahagia Dengan Lelaki Berusia –‘Tak Perlu Selalu Sangat Tunjuk Satu Dunia’

$
0
0

‘Kenapa Shima tak selalu kongsi gambar husband? Adakah sebab husband tua daripada Shima?’

Tindakan pelakon Shima Anuar yang jarang berkongsi foto suami di media sosial menjadi topik netizen sehinggakan menyuarakannya menerusi direct message (DM).

Saya tahu niat awak

Menerusi Instagram Stories miliknya, Shima, 30, menyatakan dia tahu tujuan komen itu ditulis sekadar menarik perhatiannya untuk membalas.

Saya nak balas komen awak tapi dah tak jumpa komen itu. Tak tahu la awak padam ke apa. Tapi saya sempat screenshot.

Saya tahu niat awak hanya untuk dapatkan perhatian saya sebab itu awak cakap macam tu. Awak mahukannya? Awak dapat.

Tak ada kepentingan nak selalu kongsi

Kata pemilik nama Noor Hashimah Anuar, dia tidak nampak keperluan untuk kerap berkongsi hal suami kepada umum. Tegasnya, dia bahagia bertemu jodoh dengan lelaki matang.

Untuk menjawab soalan itu, saya tak nampak kepentingan untuk saya selalu update hal peribadi di sosial media untuk promote suami saya.

Beritahu saya, untuk apa? Sebagai seorang isteri, saya bahagia dan bangga ada suami macam dia. Tapi bagi saya, semua tu tak perlu selalu sangat ditunjuk satu dunia.

Muak dengan perangai aneh manusia

Dalam pada itu, pelakon yang dikenali menerusi filem, Highland Tower mendedahkan dia mempunyai satu akaun peribadi untuk dia berkongsi apa yang diinginkan tanpa ragu-ragu.

Saya memang jarang aktif di sosial media sebab saya dah muak. Saya dah muak dengan perangai manusia yang pelik-pelik.

Ya, saya juga ada akaun peribadi di mana saya kongsi apa saya saja yang saya mahu tanpa risau dengan penilaian orang.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 54, pada 8 April 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Sumber: Instagram @shimaanuar

↧

Jiran Suka Parking Kereta Depan Rumah, Lelaki Tampal Nota ‘Untuk Dijual’.. Terus Dia Alih!

$
0
0

Geram dengan tindakan jiran yang kerap meletakkan kenderaan di hadapan rumah, seorang lelaki bertindak meletakkan satu nota sehingga ‘menyedarkan’ pemilik kereta tersebut! Mungkin korang boleh cuba taktik ini!

Artikel Berkaitan: Tiga Kali Jiran Letak Paip Aircond Dekat Rumah Orang, Yang Pelik Bila Tanya Tak Mengaku

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jiran Oh Jiran! Sampai 3 Rumah Dia Tumpang Sidai Baju


Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Geram Jiran Suka Sidai Baju Dekat Pagar Rumah, Buat Macam Pagar Sendiri!

Peringatan untuk jiran

Menerusi video pendek dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Farhana, tampil meluahkan rasa geram dengan sikap jirannya yang dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya dengan sesuka hati.

POV: Bila suami hang buat gila, geram dengan perangai jiran yang suka parking depan rumah orang sesuka hati.

Sebagai pengajaran kepada jirannya, suami kepada wanita ini meletakkan satu botol dan tertera tulisan kereta itu ingin dijual dengan harga RM800.00. Bukan itu sahaja, pembeli turut mendapat ganjaran istimewa iaitu menerima pam racun secara percuma.

Untuk dijual RM800.00 percuma pam racun.

Taktik tersebut membuahkan hasil selepas jirannya dilihat tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumah mereka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan yang diambil dan ‘berpuas hati’ dengan taktik yang digunakan.

Kereta tak jadi jual, tuan tukar fikiran last minute.

Video penuh:

@queen_mekarsari88 bila mai pala gila @saudagar868 adoiii peningggggg #fyp #habuannnlaaaaa #peningggggg ? Pamela – Bots??

@queen_mekarsari88 Balas kepada @zuera37 ? Funny Song – Cavendish Music

Respon netizen

Sumber: Nur Farhana

↧

‘Sedikit-Sedikit, Lama-lama Jadi Bukit’. Jom Menyimpan Dengan BSN Untuk Masa Depan Yang Lebih Cerah.

$
0
0

Bank Simpanan Nasional (BSN) memang sudah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia kan?

Yelah, BSN mempunyai 390 cawangan di seluruh Malaysia dan dikenali oleh para pelanggan sama ada di bandar mahupun luar bandar sejak penubuhannya. Ini selaras dengan visi BSN iaitu “Tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan”.

Korang tahu tak yang BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.

Memang tak sia-sia menyimpan dengan BSN ni tau. Jom kita tengok apa yang best sangat dengan BSN ni!

Banyak inisiatif yang ditawarkan oleh BSN untuk pelanggan mereka!

BSN bukan sahaja tempat untuk simpan dan keluarkan duit, tapi macam-macam lagi perkhidmatan yang mereka sediakan bagi semua pelanggan BSN. Hebat kan!

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSN ialah Ejen Bank BSN (EB BSN). Korang tau tak apa itu EB BSN?

Haaa
EB BSN ni merupakan ejen bank yang dilantik secara rasmi oleh BSN untuk membantu korang dalam membuat transaksi perbankan asas macam pembayaran bil, pembukaan akaun, pengeluaran tunai dan macam-macam lagi jika tiada Cawangan BSN yang berdekatan. Bagus kan!

Bukan itu je, BSN kini turut menawarkan perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak (CBB) di Sabah dan Sarawak yang memberi fokus kepada penduduk di kawasan pedalaman. Jadi, penduduk di kawasan yang tiada bank tak perlu lagi ‘travel’ jauh-jauh ke pekan yang terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan, CBB BSN akan datang ke kawasan korang!

Mudahlah lepas ni korang nak keluarkan duit  atau memerlukan fast cash  kerana CBB pun menawarkan perkhidmatan perbankan seperti pengeluaran tunai, pembukaan akaun dengan kad ATM, deposit tunai, pemindahan wang, pembelian BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP), tambah nilai, pembayaran tanpa tunai dan pembayaran bil.

Jap, ada lagi produk BSN yang lain tau iaitu BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP). Haaaa
. BSN SSP ni merupakan salah satu flagship product BSN untuk semua pelanggan mereka. Ia merupakan produk patuh syariah.

Yang lagi best,  produk simpanan ini telah melahirkan seramai 71 orang jutawan dari tahun 1978 sehingga Disember 2021 tau. Selain itu, korang boleh memenangi pelbagai hadiah menarik setiap bulan menerusi Cabutan BSN SSP. 

Terdapat pelbagai kategori yang ditawarkan, yang mana penyimpan seawal umur 12 tahun ke atas pun layak untuk menyertainya.

Mesti korang tak sabar nak jadi sebahagian daripada pelanggan BSN kan?

BSN dan Anda!

BSN sememangnya sebuah bank yang diperakui oleh rakyat Malaysia kerana tak kiralah di mana sahaja pelanggan berada, BSN komited dalam memastikan saluran perkhidmatan Perbankan mereka mudah diakses dan komprehensif demi masa depan kewangan yang lebih baik buat para pelanggan. #BSNDanAnda.

Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web BSN, Facebook, Instagram dan Tik Tok!

↧
Viewing all 37239 articles
Browse latest View live