Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35657

Petronas Raikan Pemenang “CNY Photography”

$
0
0

Sebanyak 42 foto diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan fotografi anjuran PETRONAS seiring dengan sambutan Tahun Baru Cina di Galeri Petronas KLCC, minggu lepas. Foto yang layak telah dipilih daripada lebih 3000 penyertaan yang diterima melalui Facebook Petronas sejak pertandingan dianjurkan mulai Januari – Februari 2012; turut membawa tema ‘Reimagining Energy”.

Panel yang terdiri daripada syarikat fotografi terkenal, Leica telah menjadi wakil juri Petronas, dimana mereka telah menilai foto mengikut kriteria yang mencerminkan eskpresi serta memori Tahun Baru Cina mengikut tema.

6 kategori yang dipertandingkan iaitu : Mobile, Amatur, Profesional, Sekolah, Universiti atau kolej, dan Staff Petronas menyaksikan kesemua gambar pemenang dipamerkan di Galeri Petronas sehingga 18 Mac ini.

Selain itu, 27 penyertaan yang menerima jumlah “Likes” tertinggi setiap hari di Facebook turut menerima hadiah untuk “Photo Of The Day”.

Kesemua hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh Pengurus Besar Urusan Kumpulan Perhubungan Korporat, Dato Mohammad Medan Abdullah.

“Pertandingan ini merupakan simbol untuk kita meraikan Tahun Baru Cina bersama seluruh rakyat Malaysia. Dalam masa sebulan, mesej tersebut berjaya disampaikan kepada sejumlah besar rakyat Malaysia melalui kuasa media sosial, dan kami amat gembira apabila menerima respon yang mengalakkan,” kata Dato Mohammad Medan.

“Facebook Fan kami bertambah kepada 30% sejak sebulan yang lepas kepada 120 000 peminat, dan kami akan berusaha untuk menambah lagi jumlah komuniti online,” tambah beliau.

Selain daripada pertandingan, Petronas turut mengadakan bengkel fotografi untuk sekolah serta kolej terpilih.

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35657

Trending Articles