Sebuah lagi web berkonsepkan komuniti jual beli menjengah pasaran Malaysia apabila laman yang dikenali sebagai Fuyoo dilancarkan, hari ini.
Fuyoo, merupakan sebuah laman yang menghubungkan pembeli dengan penjual yang sepadan. Proses pembelian bermula, apabila anda menyatakan produk atau servis yang anda inginkan di laman tersebut. Kemudian, penjual yang terdiri daripada komuniti yang sama akan membuat tawaran jualan kepada anda.
Memetik kata-kata Pengasas Fuyoo, Chai Chau Cheng, “Saya menghadapi masalah apabila sukar mendapatkan keperluan penting apabila pulang semula ke bandar Kuching, Serawak selepas beberapa tahun melanjutkan pelajaran di luar negara.
“Walaupun saya yakin ada individu dalam kawasan kejiranan saya yang mampu membantu, tapi proses yang diambil memakan masa, dan berkemungkinan akan menimbulkan masalah.
“Pengalaman itu secara tidak langsung mendorong saya mewujudkan Fuyoo sebagai sebuah saluran jual beli yang boleh dipercayai.”
Anda, sebagai pemilik bisnes boleh memanfaatkan Fuyoo sebagai satu cara untuk mendapatkan pelanggan. Anda perlu membelek senarai pasaran dan memberikan respon kepada pelanggan yang berpotensi membeli produk anda. Tawaran anda seterusnya ditutup sekiranya pelanggan menerima harga yang dikehendaki.
Bagi yang menawarkan perniagaan berasaskan servis, Fuyoo turut menawarkan kemudahan dimana anda boleh menjual skil anda kepada mereka yang memerlukan.
Bagi meraikan hari pelancaran, Fuyoo turut menawarkan hadiah berupa wang bernilai RM10 000 dengan mengikut langkah-langkah berikut di laman http://www.fuyoo.co/Win/Buzz :
Apa lagi, halakan kursor anda ke http://www.fuyoo.co/ dan dapatkan 10 kredit dengan mendaftar sebagai ahli mereka, sekarang!
Related posts: