Acara Proton Power of 1 yang berlangsung mulai 14 – 18 March di Stadium Bukit Jalil merupakan satu perhentian untuk anda mengenali teknologi baru yang bakal muatkan dalam kereta keluaran terbaru proton, kod nama P3-21A.
Bagaikan satu karnival, acara terbesar Proton ini bukan sahaja berkaitan dengan penjenamaan, malah ia mendekatkan diri anda dengan Proton sebagai 1 keluarga. Sebanyak 25 booth dibuka dimana ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik berkaitan Formula 1 dan Rally diadakan termasuk kemunculan Upin & Ipin bagi menghiburkan kanak-kanak di acara ini.
Krew OHBULAN! disambut dengan pintu masuk besar dimana ia menjadi fokus Proton untuk memperkenalkan “behind the scene” daripada segi reka bentuk, enjin dan teknologi terbaru.
Selain itu, peminat kereta terutamanya lelaki bakal teruja dengan kereta-kereta sport Lotus yang dipertontonkan di acara ini, termasuk dengan kemunculan gadis litar yang akan merambangkan mata anda.
Dan ini.
Bagi yang bernasib baik, anda akan membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Proton Savvy dengan menyertai peraduan SMS & WIN. Kalau nak tahu apa langkah penyertaan, apa lagi? Hadirkan diri anda ke acara Proton Power of 1 ini.
Acara pertunjukan pemanduan skil daripada pasukan Formula 1 dan Rally menyusul sekitar pukul 3 petang tadi. Sebuah grandstand disediakan bagi memuatkan penonton agar boleh melihat dengan lebih dekat akan teknik pemanduan Formula 1 dan Rally.
Buat pertama kali, Proton P3-21A yang dinanti-nantikan telah ditayangkan kepada khayalak ramai. Sebuah pertunjukan ujian kereta dipersembahkan bagi membandingkan teknologi yang terdapat dalam kereta Proton terdahulu dengan P3-21A. Tonton video teknologi terbaru Proton P3-21A selepas ini.
Akur dengan kepentingan sumber manusia, sebuah booth turut dibuka bagi menawarkan peluang pekerjaan kepada sesiapa yang berminat.
Dan terakhir, peminat Proton & Lotus boleh mendapatkan cenderahati edisi terhad di booth Proton Lifestyle.
Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara Proton Power Of 1 sekarang!
Related posts: