Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36772

Siti Nurhaliza Inginkan Khidmat Bruno Mars, Mahu Pasarkan Album Di Luar Negara!

$
0
0

Untung jadi penyanyi nombor satu dunia. Terkini dari Datuk Siti Nurhaliza, beliau mahu dapatkan khidmat dari Bruno Mars pula untuk album inggeris keduanya.

Menurut mStar Online, Datuk Siti Nurhaliza mahu mendapatkan khidmat dari penyanyi yang popular dengan lagu “Just The Way You Are” itu kerana beliau memang meminati bakat yang ada dalam diri Bruno Mars. Selain itu, beliau juga bersama label What’s Up Entertainment merancang untuk memasarkan album inggeris keduanya ini di peringkat antarabangsa.

Namun begitu, album kedua Datuk Siti Nurhaliza ini masih lagi dalam perancangan dan mereka masih belum lagi menghubungi Bruno Mars untuk mendapatkan persetujuan.

“Album kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi. Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa.” – dipetik dari mStar Online.

OHBULAN! pasti impian Datuk Siti Nurhaliza ini akan menjadi kenyataan. Bruno Mars bakal menjadi batu loncatan untuk beliau terus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Semoga impian Datuk Siti Nurhaliza akan tercapai!

Related posts:

  1. Dato’ Siti Nurhaliza Lancarkan Album Inggeris Pertama, “All Your Love”.
  2. Selamat Hari Lahir Siti Nurhaliza!
  3. Album Inggeris Siti Nurhaliza Boleh Dimuat Turun Sekarang!
  4. Senarai Lagu Dalam Album Terbaru Siti Nurhaliza: Lantera Timur
  5. Bruno Mars Mengaku Bersalah Ambil Kokain.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 36772