Kedatangan Orianthi, pemain gitar berbangsa Greek Australia melengkapkan barisan artis antarabangsa yang akan membuat persembahan sempena acara Twin Tower @Live 2012, berlangsung pada 23 & 24 March mulai jam 5 petang hingga 3 pagi.
Konsert percuma 2 hari ini turut menampilkan penyanyi, Nicole Scherzinger dan kumpulan pop Korea yang paling berpengaruh dalam sejarah, Girls’ Generation. Selain itu, penghibur tempatan seperti James Baum, Reshmonu dan DJ Nadine akan membuat persembahan pada hari Jumaat, 23 March 2012. Acara gilang gemilang ini akan dihoskan oleh Miss Universe Malaysia 2012, Deborah Henry.
Orianthi, merupakan pemain gitar wanita yang berbakat, malah pernah menerima penghormatan apabila dipilih oleh Michael Jackson sebagai pemain gitar utama untuk jelajah konsert pada tahun 2009.
Beliau turut pernah membuat persembahan bersama artis lagenda seperti Prince dan Eric Clapton, selain pernah membuat persembahan pembukaan untuk Steve Vai.
Pada tahun 2011, Orianthi telah diumumkan sebagai pemain gitar baru Alive Cooper, dan satu-satunya ahli wanita dalam band tersebut.
Menurut Orianthi, “Saya teruja apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di Malaysia buat pertama kalinya. Selain itu, saya dapat melawat negara ini dan bermain di mercu tanda salah sebuah bangunan tertinggi di dunia. Dan, ia akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan.”
Anda dijemput beramai-ramai hadir ke konsert ini, dan ia adalah PERCUMA!
No related posts.