Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35697

Michael Schumacher & Nico Rosberg Temui Peminat Di KLCC

$
0
0

Bagaikan satu mimpi indah buat peminat MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1 apabila dapat bertemu secara serampang dua mata bersama Michael Schumacher & Nico Rosberg di ruangan Concourse, KLCC petang tadi.

Lebih kurang 1000 peminat membanjiri ruangan Concourse untuk sesi ‘meet and greet’ bagi mendapatkan tandatangan eksklusif bersama kedua-dua pemandu bertaraf dunia ini. Selain itu, peminat turut berpeluang mendapatkan cenderahati yang dijual dengan harga berpatutan di ruangan yang sama.

Kedatangan mereka turut disambut dengan pameran PETRONAS Malaysia Grand Prix yang berlangsung sehingga 25 March 2012. Unik sekali, peminat boleh melihat kereta F1 milik MERCEDES AMG PETRONAS ini digantung di ruangan masuk Dewan Filharmonik.Ia memberikan pandangan daripada bawah supaya anda lebih memahami teknologi aerodinamik yang menjadi kebanggaan pasukan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat bahagian bawah kereta F1 ini kerana peluang ini hanya muncul sekali sahaja. Atau, anda hanya akan bernasib baik apabila kereta F1 terpelanting di atas litar.

Projek yang diberi nama ‘The Suspended Formula 1 Cars’ , menggunakan binaan rangka struktur besi yang melihatkan 20 jurutera dan juruteknik. Difahamkan, mereka menggunakan masa selama 14 hari untuk menghasilkan fabrikasi, ujian dan memasang. Tonton video untuk keterangan yang lebih lanjut.

IMG_7520-e1332134863496 IMG_7521-e1332134907868 IMG_7522-860x645 IMG_7523-860x645 SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC

Related posts:

  1. (Gambar Hi-Res) Michael Schumacher & Nico Rosberg Di KLCC, Semalam
  2. Karnival Motorsport Petronas Meriah, Ben Spies Turun Temui Peminat Di KLCC!
  3. Daftar Insuran Peribadi Antara Syarat Sertai Kelab Peminat Khairul Fahmi!
  4. Luahan Hati Peminat: Admin FB AF9 Tidak Profesional & Melakukan Tuduhan Melulu
  5. ‘Michael Jackson’ Pakistan Tolak Tawaran Menyanyi Di Konsert Jelajah Dunia Michael Jackson!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35697

Trending Articles