Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35709

Jinbara Kini Muncul Dengan ‘KOLABORASI MENTAL’

$
0
0

Kumpulan yang tidak asing lagi, Jinbara, kini muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul “KOLABORASI MENTAL”! Sebagai kumpulan yang memperjuangkan genre rock klasik, mereka pernah mencatat jumlah muat turun ‘ringbacktones’ tertinggi dengan angka melebihi 1.5 juta!

Melalui album kali ini, Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini. KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini! Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah dua buah lagu ciptaan Allahyarham Andi Rahman bertajuk “Biru Mata HitamKu” dan “Hilang”. Lagu “Biru Mata HitamKu” adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Papa Rock, Ramli Sarip, manakala lagu “Hilang” dinyanyikan secara solo oleh Cepot.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu malar segar yang sangat dikenali, bertajuk “Oh Mama Saya Mahu Kahwin”. Lagu ini dinyanyikan oleh Tia, vokalis Jinbara, bersama artis baru yang sangat dikenali dengan lagu “Pulanglah”, Awi Rafael.

KOLABORASI MENTAL turut memuatkan sebuah lagu baru bertajuk “Chinta”, hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan hit “Kasihnya Laila”. Lagu “Chinta” pula adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Cidin, vokalis kumpulan Taxi, sebuah kumpulan yang pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit musim ke3.

Single pertama Jinbara menerusi album ini adalah sebuah lagu bertema cinta, yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad, bertajuk “Milik Siapakah Gadis Ini”. Lagu ini adalah gandingan mantap antara Tia bersama Fiq, di mana kedua-duanya memiliki vokal yang unik dan hebat. Paduan suara yang padu ini bagaikan ‘menyuntik’ unsur ‘rock’, lantas memberi kelainan kepada penyampaian lagu ini. Lagu “Milik Siapakah Gadis Ini” oleh Jinbara dan Fiq semestinya sesuatu yang dinantikan oleh para peminat mereka!

Related posts:

  1. Hujan Bakal Kolaborasi Dengan Penyanyi Antarabangsa Dalam Album Ke-4, Album Lebih Patriotik & Serius!
  2. Warner Music Lancarkan Album Kompilasi, “Hit Semata-Mata Selamanya”!
  3. Album Kolaborasi Terbaru Metallica & Lou Reed Bakal Dikeluarkan 31 Oktober Ini!
  4. (Kisah Benar) Tiar Jinbara Nikah Suzan B*POP
  5. K-Pop : Tablo Muncul Dengan MV Terbaru, ‘Tomorrow’ Ft. Taeyang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35709