Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35720

Penganjur Masih Usaha Bawa Russell Peters Ke Malaysia

$
0
0

Berita kurang baik mengenai kegagalan Russell Peters untuk membuat persembahan jenaka sinikalnya di Malaysia benar-benar menghampakan ramai peminatnya di sini. Bagaimana pun, penganjur melalui laman Facebook memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha untuk membawa Russell Peters ke Malaysia dalam siri jelajah dunia.

Menurut jurucakap Comedy Club KL, mereka telah pun berhubung dengan pihak berkuasa mengenai permohonan permit dan pihak pengurusan Russell Peters berkenaan bayaran dan lokasi persembahan. Sekarang, mereka masih menunggu pengesahan muktamad daripada pihak yang berkenaan.

Tambah mereka lagi, masalah sebenarnya timbul apabila mereka terpaksa menghubungi pelbagai agensi terlibat bagi menjemput pelawak bertaraf antarabangsa ini ke Malaysia. Mengenai permit pula, ia berjaya diselesaikan.

Buat peminat Russell Peters, mungkin ini berita gembira buat anda. Cheers!

Related posts:

  1. Russell Peters, Pelawak Terkenal Bakal Jejak Kaki Di Malaysia?
  2. Pihak Penganjur Gagal Bawa Masuk Pelawak Terkenal, Russel Peters Ke Malaysia?
  3. Russell Simmons, Produser New York Terpukau Dengan Yuna!
  4. Penganjur Tengking & Cuba Halau Penaja
  5. “Saya Belum Berkahwin, Masih Single” – Fasha Nafi Kahwin Di Thailand

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35720

Trending Articles