Kisah pilu Bob Kuman yang mengalami kesempitan kewangan ekoran faktor kesihatannya yang merosot mendapat perhatian daripada media-media tempatan sejak hari Isnin yang lalu. Hasil keprihatinan ramai pihak, salah sebuah cabang organisasi politik, Pemuda UMNO mengambil langkah segera dengan menghulurkan bantuan kepada Bob Kuman di kediamannya, petang tadi.
Selain itu, Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi, 32 turut dilihat meluangkan masa melawat Bob Kuman berdasarkan foto yang di-tweet oleh Sekretari Eksekutif Pemuda UMNO Malaysia, Ibdilillah Ishak.
Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan jenis bantuan yang diberikan oleh Pemuda UMNO kepada Bob Kuman.
Anda yang ingin memberikan bantuan kepada Bob Kuman sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
Related posts:
- Bob Kuman Perlukan Bantuan Mesin Oksigen, Kini Tinggal RM36 Dalam Akaun Simpanan.
- Aleeza Selamat Jalani Pembedahan Jangkitan Kuman Di Kepala
- Foto: Ana Raffali Sudah Mula Edar Kad Kahwin
- Grand Brilliance Mula Tegas Soal Copyright Video Di Youtube
- Hak Eksklusif Perkahwinan Di Astro: Mawi Terima RM5,000,000