Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35709

Aktres Terima RM1.5 Juta Hasil Hubungan Sulit

$
0
0

MalaysiaKini melaporkan skandal sulit antara seorang aktres serta VIP berstatus menteri dimana ia dipercayai membabitkan transaksi wang berjumlah RM 1.5 juta dalam masa 4 bulan perkenalan mereka. Dan, hubungan sulit berkenaan sudah pun berlanjutan sehingga 3 tahun.

Sebuah laporan polis telah dibuat oleh Noor Azman Azemi 38 pada 13 Mac 2012 di Balai Polis Ampang sebagai tindakan balas kerana aktres berkenaan menuduh beliau melarikan wang berjumlah RM200 000 pada 3 Mac lalu.

Laporan polis berkenaan turut mendedahkan jumlah transaksi yang diterima oleh aktres berkenaan; RM58000 – Oktober, RM112000 – November, RM330000 – Disember, dan RM510000 pada Januari tahun ini.

Noor Azman turut mendakwa bahawa dirinya telah diarahkan oleh VIP untuk bekerja sebagai pemandu kepada aktres berkenaan, sekitar 3 tahun lalu.

Noor Azman memberitahu bahawa dia turut diarahkan untuk memerhatikan gerak geri aktres itu, selain mendakwa dirinya sebagai ‘orang yang dipercayai’ untuk menyalurkan dana kepada akaun peribadi aktres itu.

Laporan berkenaan turut menyebut bahawa pertemuan VIP dan aktres itu akan berlangsung secara sulit pada setiap minggu di hotel sekitar Kuala Lumpur.

Dakwa Noor Azman lagi, ‘Pada setiap pertemuan, VIP itu akan memberikan wang berjumlah RM100 000 – RM200 000 kepada saya dan aktres itu untuk dimasukkan ke dalam akaun bank yang terletak di Menara Perkeso, Jalan Ampang.”

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35709