Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36526

Rahim Maarof Beraksi Mengegarkan Pentas!

$
0
0

Rum Jungle Bar & Restaurant Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan kepada anda, Rahim Maarof dalam satu persembahan cukup istimewa bermula pukul 10.00 malam pada 6b May 2012. Satu nama yang cukup gah untuk menggegarkan hati peminatnya buat julung kali di lokasi berkenaan.

Tidak perlu dipersoalkan lagi, Rahim Maarof berjaya menempat di hati peminat mereka dari dulu hingga ke hari ini. Kehebatan beliau tidak perlu dipertikaikan lagi malahan beliau masih berdiri teguh dengan kedudukan beliau dan ia cukup sukar untuk digugat sesiapa pun. Pengalaman lebih 40 tahun di persada seni ini telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai barisan artis yang dihormati dan disanjungi.

Sehingga ke hari ini lagu-lagu beliau masih lagi berkumandang di corong radio dan tetap menjadi siulan ramai. Rahim Maarof masih lagi menyengat dan malam tersebut sudah pasti mampu membuktikan sejauh mana kebenarannya! Beliau pernah dinobatkan sebagai Artis Malaysia Lelaki Terbaik pada tahun 1990. Lagu-lagu seperti Shakila dan Istana Menanti telah diundi sebagai soundtrack terbaik dalam Festival Filem Malaysia ketika awal 90-an.

Persembahan eksklusif ini akan memperlihatkan Rahim Maarof berpadu tenaga untuk menghiburkan setiap peminat yang hadir pada malam tersebut. Rahim Maarof akan menggegarkan pentas utama dengan kemunculan single terbaru beliau. Single terbaru ini masih belum dilancarkan lagi.

Bagi peminat-peminat Rahim Maarof di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan beliau di Rum Jungle Bar & Restaurant Kuala Lumpur pada 6hb May 2012, Ahad, bermula pada pukul 10.00 malam.

Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan ini adalah RM53 untuk pra jualan dan RM63 untuk termasuk satu minuman percuma. Tiket boleh didapati di www.ilassotickets.com atau di cawangan terpilih yg berdekatan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03 – 7957 6088 (ILasso Tickets Sdn Bhd). Rum Jungle Bar & Restaurant Kuala Lumpur terletak di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36526

Latest Images