Musim F1 di Malaysia yang akan bermula pada 8-10 April ini membuatkan kami teruja untuk melihat sendiri Michael Schumacher & Nico beraksi memandu kereta Mercedes GP Petronas di litar Sepang. Hari Rabu lepas, kami berkesempatan berjumpa dengan Michael Schumacher & Nico dalam sesi meet & greet, sekitar pukul 4.30 pm.
Kami salam Schumacher kuat-kuat & berkata , “Schumacher, maybe kalau kita berlawan di atas litar, aku akan kalah. Tetapi kalau kita lawan di PS3, belum tentu tau siapa yang menang, okay! Kalau berani, jom sepam!” Ah, angan-angan sahaja.
Terkini, kami nak sampaikan berita gembira kepada peminat racing tanah air. PETRONAS Dagangan Berhad akan melancarkan minyak terbaru mereka yang diinspirasikan daripada teknologi F1 pada 10 April 2011(Ahad) ini.
Menurut Pengurus Besar Petronas Dagangan, Izuddin Husaini Mohd Yusof berkata, “Daripada ujikaji yang kami jalankan setakat ini, keputusan menunjukkan formula minyak kami dapat meningkatkan kuasa pecutan dan penjimatan dari segi jarak kilometer.”
Pihak R&D PETRONAS sudah melakukan ujikaji rawak terhadap 50 kenderaan melibatkan perjalanan melebihi 25 000km sejak 6 bulan yang lepas. Keputusan ujikaji jelas menunjukkan bahawa 90% daripada pengguna rawak memilih minyak terbaru yang memberikan lebih kilometer & lebih kuasa pecutan.
Berita gembira daripada PETRONAS ini bisa membuatkan para pengguna seperti anda berasa lega ekoran krisis minyak yang melanda seluruh dunia baru-baru ini. Kini, anda boleh memilih minyak baru PETRONAS bagi menikmati kuasa pecutan, serta penjimatan kilometer bagi setiap sen yang dikeluarkan.
Apa pun, kita nantikan sahaja debaran minyak baru PETRONAS pada 10 April 2011 ini. Sebentar tadi, kami terjumpa cabaran “Fuel Up Promo” yang dianjurkan oleh PETRONAS pada hari pelancaran bermula 5.30 petang sehingga 8.30 malam. Rasa macam misteri je sebab waktu pertandingan amat singkat.
Hadiah-hadiah misteri ditawarkan untuk peserta yang datang menyahut cabaran di stesen Petronas. Apa bentuk cabarannya, kita nantikan sahaja pada 10 April ini. Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke www.facebook.com/petronasbrands