Rebecca Black turun Malaysia? Tidak, poster diatas merupakan salah satu koleksi poster ‘fake’ yang telah di-photoshop oleh mamat kreatif yang tidak dikenali. Sekali pandang, nampak macam betul, kan? Tapi, anda perlu bijak mengesan clue ringkas supaya tidak di-troll sewenang-wenangnya. Kalau tak, memang jadi bahan gelak. Cuba perhatikan tarikh 31 Jun 2011. Eh, Jun ada 31 hari ke?
Begitu juga dengan poster The Strokes yang menjadi bualan orang ramai di twitter, semalam. Ada yang percaya bulat-bulat. Tapi, tak boleh salahkan orang juga, sebab poster The Strokes ini memang nampak real habis. Teknik photoshop yang digunakan berada pada kelas tersendiri, ada style!
Ironi, tarikh 6 Ogos menjadi clue penting buat pembaca. Tahukah anda, bulan Ramadhan 2011 bermula pada 1 Ogos?