Ekoran daripada artikel Isu Usop Wilcha Terhadap Pihak Yang Ambil Kesempatan, pihak admin Fanpage yang dimilik oleh Dayniel Izham menghubungi kami untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut Dayniel Izham, mula-mula Usop Wilcha memang tidak tahu menahu mengenai T-shirt itu lagi. Tetapi, selepas dia buat status tersebut, baru saya maklumkan kepada dia. Niat di hati saya, saya nak suprisekan Usop Wilcha.
Namun, tidak disangka, ada segelintir fans yang mengadu kepada Usop Wilcha untuk menarik balik design nombor 5 kerana fans tersebut yang buat design tu. Dan pengadu itu ialah rakan saya. Kemudian, Usop Wilcha atau nama asalnya Syed Asri membuat status “tidak tahu menahu mengenai T-shirt” tersebut.
Selepas itu, baru saya private message dia dan ceritakan perkara sebenar. Dalam perbualan kami, saya meminta kebenaran dia untuk menghasilkan baju tersebut, dan kemudiannya dia bersetuju. Tetapi, dia tidak mahu apa-apa kaitan dengan proses tersebut.
Kami buat perjanjian, dimana saya akan bayar komisen kepada dia.
Kepada peminat Usop Wilcha, saya minta maaf atas salah faham ini. Saya harap, penjelasan ini dapat membersihkan nama saya semula.
Pihak OHBULAN! juga dimaklumkan bahawa Dayniel Izham dalam proses meminta kebenaran daripada pihak Tayangan Unggul Sdn Bhd untuk mendapatkan mencetak T-shirt.