Seorang peminat Fedtri Yahya (Sebelah Kiri) berkongsi berita gembira menerusi email sebentar tadi.
Sekadar berkongsi bahagia, saya merupakan salah seorang sahabat serta peminat setia pengacara televisyen Ahmad Fedtri Yahya. Saya mendapat tahu bahawa Ahmad Fedtri Yahya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 5 iaitu pada 29 Mei 2011. Majlisnya akan diadakan di Kelantan iaitu di rumah bakal pengantin sebelah perempuan.
Majlis sebelah lelaki pula adalah pada 11 jun 2011 ini.
Difahamkan, bakal pengantin perempuan yang juga merupakan seorang guru fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong itu merupakan orang Pasir Mas, Kelantan. Mereka berkenalan melalui sesawang Facebook. Beliau merupakan seorang yang kuat agama dan keluarga hafiz hafizah. Alhamdulillah.
Harap ohbulan dapat kongsi tentang perkara ini. Berkongsi bahagia, selepas pertunangan Ally Iskandar, nampaknya Fedtri dulu yang makan nasi minyak!