Jumaat lepas, kecoh di akhbar apabila pelakon Memey Suhaiza & Norman Hakim telah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana gagal hadir ke mahkamah untuk prosiding kes khalwat serta memberikan alasan yang tidak munasabah.
Mstar melaporkan, peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.
Norman Hakim memaklumkan dia gagal hadir ke mahkamah kerana sakit manakala Memey Suhaiza berada di luar kawasan. Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.
OHBULAN! sempat bertanya kepada Memey Suhaiza di pagi Jumaat lepas mengenai isu waran tangkap yang diwar-warkan di akhbar. Menurut Memey Suhaiza di laman Twitter, “Mmg nak pergi tp sy x blh pentingkan diri sndiri…prod shooting x lepaskan..I can’t do anything dr menyusahkan ramai.”
Mungkin juga, Memey Suhaiza terlupa bahawa dia telah menyusahkan pihak-pihak berkuasa yang berada di mahkamah.