Menurut laporan mStar Online semalam, pelakon veteran, Osman Kering disahkan kritikal oleh anak keduanya, Mohd Al Amin dan kini dia sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaya.
Sebelum itu, tersebar khabar angin mengatakan bahawa Osman Kering sudah meninggal dunia kerana seorang jiran yang datang membantu telah mengesahkan bahawa denyutan nadi Osman telah berhenti. Namun selepas diperiksa sekali lagi, mereka mendapati nadi Osman Kering masih ada tetapi berdenyut lemah.
“Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital.” – Nur Ain, anak perempuan Osman Kering.
Untuk pengetahuan, Osman Kering menghidap penyakit batuk kering sejak akhir-akhir ini dan selalu mengalami sesak nafas.
Sumber : mStar Online
No related posts.