Hana Tajima merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen tanah air. Kebanyakan wanita yang berhijab, pasti akan mengikuti perkembangan gaya fesyen Hana Tajima bagi mendapatkan ilham dalam penggayaan hijab mereka. Disamping itu, Hana Tajima juga merupakan ikon fesyen bagi kebanyakan wanita yang meminati fesyen sopan dan berhijab, tetapi tetap kelihatan ‘fashionable’.
Terdapat pelbagai tutorial yang dipamerkan di laman You Tube, berkaitan dengan cara pemakaian hijab seperti Hana Tajima. Ini memudahkan peminat-peminatnya untuk mencuba dan mempelajari sendiri gaya hijab tersebut. Selain itu, penggayaan pakaian Hana Tajima juga turut menjadi ikutan para wanita, ia bukan sahaja kelihatan sopan, malah amat sesuai bagi mereka yang meminati fesyen terkini.
Fesyen pakaian Hana Tajima selalunya lebih berkonsepkan keayuan dan kesopanan seorang wanita muslim. Jadi di sini, Oh Bulan ingin berkongsi video dari Youtube.com cara pemakaian ‘Maysaa Maxi wrap dress’ daripada Hana Tajima.
Diharapkan video ini dapat memberi ilham kepada penggemar-penggemar fesyen muslimah. Disamping itu, ia juga boleh dijadikan gaya fesyen terbaru untuk anda agar kelihatan lebih ‘fashionable’.
No related posts.