Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35657

Penyanyi Wanita Pukul Suami Sampai Mati

$
0
0

length unknownTerkejut OHBULAN! apabila terbaca tajuk artikel ini yang dilaporkan oleh tabloid tempatan, Sinar Harian.

Menurut akhbar ini, seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sendiri sehingga mati kerana tidak mahu suaminya bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa yang mati dipercayai dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan yang terikat.

Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang semalam (5 Mac) apabila penyanyi wanita tersebut bersama dua orang anak saudaranya marah kerana mangsa mendesak untuk berjumpa dengan anak perempuannya.

Pihak polis kemudiannya tiba ditempat kejadian selepas menerima maklumat dan menemui mangsa sudah tidak sedarkan diri dan terikat didalam sebuah bilik.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan,” jelas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.

Penyanyi wanita tersebut berumur 39 tahun dan mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lebih kurang satu tahun. Suspek bersama 2 orang anak saudaranya sudah pun direman pihak polis untuk siasatan lanjut.

Namun, apa yang menarik perhatian kami ialah siapakah penyanyi wanita yang dimaksudkan ini?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35657

Trending Articles