Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36085

DJ Lin Hormati Keputusan Rara, Hubungan Masih Dalam Keadaan Baik –‘Industri Kita Kecil, Tidak Mustahil Akan Bekerjasama Lagi’

$
0
0

Hubungan pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid dan bekas penyampai stesen radio itu, Sharifah Shahirah dalam keadaan baik walaupun tidak lagi bekerjasama di konti yang sama.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Lali Dengan Kecaman, Yang Kenal Tahu Saya Macam Mana’ – DJ Lin

Artikel Berkaitan: ‘Setiap Minggu Pendengar DJ Lin Antara Tertinggi, Tiada Sebab Untuk Dipecat’ – Pengerusi Stesen Radio

Tiada paksaan

Ketika ditemui OhBulan!, Roslinda atau lebih mesra disapa DJ Lin akui tidak memaksa mana-mana pihak untuk kekal bersama di konti Suria.

Tambahnya, dia hanya mendoakan yang terbaik buat bekas penyampai radio Suria FM iaitu Rara agar terus sukses di tempat baru.

Kontrak Rara tamat pada pertengahan Februari lalu. Kami di Suria FM mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama.

Menjelang hari-hari terakhir sebelum kontraknya berakhir, Rara memaklumkan kepada kami bahawa dia tidak bercadang untuk menyambung kerana ingin berehat seketika.

Sebagai sebuah stesen radio, kami menghormati keputusan itu dan tidak memaksa sesiapa untuk terus bersama.

Apa yang lebih penting adalah menjaga hubungan baik serta silaturahim yang sihat agar tidak terputus.

Insya-Allah, mungkin akan ada peluang untuk bekerjasama lagi di masa hadapan.

Kami di Suria FM sentiasa mendoakan agar Rara terus sukses dengan langkah barunya, namun jangan lupakan kami kerana kami sudah seperti keluarga.

DJ Lin berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Drama Hayati- Suria yang berlangsung di Royale Chulan The Curve, pada Rabu.

Hormati keputusan Rara

Berkongsi lebih lanjut, DJ Lin akui menghormati keputusan yang dibuat oleh Rara yang kini memilih untuk berada di konti radio lain.

Kami di Suria FM tidak mempunyai sebarang masalah dengan Rara. Kami tetap menghormati keputusannya.

Sejak awal, apabila dia memilih untuk tidak menyambung kontrak, kami menerima dengan terbuka.

Dalam pada itu, DJ Lin memaklumkan bahawa Suria FM akan berjalan seperti biasa dengan pelbagai pembaharuan yang telah dilaksanakan sebelum merancang untuk mencari pengganti Rara.

The post DJ Lin Hormati Keputusan Rara, Hubungan Masih Dalam Keadaan Baik – ‘Industri Kita Kecil, Tidak Mustahil Akan Bekerjasama Lagi’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36085