Mahu mencabar diri dan keluar dari zon selesa, pelakon baharu, Zarif Ghazzi berani memegang watak lelaki homoseksual dalam drama Seribu Tahun.
Artikel Berkaitan: Tracie Sinidol Punca Retaknya Hubungan Persahabatan Nabil Aqil & Zarif Ghazzi?
Artikel Berkaitan: Aizat Saha Tak Pernah Terlintas Nak Jadikan Nama Artis Bahan Jenaka, Nasihat ‘Content Creator’ Hasilkan Kandungan Bermanfaat
Watak lelaki songsang
Menyedari watak tersebut sangat berisiko dan sensitif, Zarif, 21, berkata, dia mahu menjadi medium penyampaian mesej kepada masyarakat bahawa apa yang dilakonkan wujud dalam dunia realiti.
Saya ambil berani ambil watak tersebut kerana ingin mecabar diri dan melihat kemampuan saya.
Saya juga berani terima disebabkan pengarahnya iaitu Shahrulezad Mohameddin yang yakin dengan kebolehan saya.
Walaupun saya tahu agak berisiko dan sensitif, namun jika dilihat dari sudut lain, ada mesej yang ingin disampaikan menerusi watak berkenaan.
Saya lihat watak itu sebenar wujud dan ada dalam dunia realiti sebenar yang mana ada lelaki mahu berkahwin semata-mata mahu menutup aib dan sisi gelap mereka.
Dapat DM
Tambah Zarif, gara-gara watak tersebut dan bahagian babak drama itu yang tular, dia menerima banyak mesej yang bertanya mengenai seksualitinya.
Saya geli sebenarnya melakonkan babak itu, tapi saya profesional. Saya perlu sentiasa ingat dalam kepala itu adalah lakonan bukan realiti.
Disebabkan watak itu ada yang mesej saya bertanya sama ada saya ini songsang atau tidak. Ingin saya tegaskan, saya tidak sebegitu (songsang) dan itu hanya lakonan semata-mata.
Tetapi saya tidak boleh kawal stereotaip orang terhadap saya.
The post Zarif Ghazzi Terima Banyak ‘DM’ Selepas Babak Homoseksual Tular first appeared on OHBULAN!.