Sebut mengenai Xiaomi pasti orang ramai cukup kenal dengan jenama popular serta konsisten menawarkan produk berbaloi ini.
Terbaharu, Xiaomi kembali dengan Xiaomi 15 Series dalam menawarkan peranti flagship yang dilengkapi sistem kamera Leica generasi baharu dan pelbagai ciri canggih.
Nak tahu apa yang lagi best? Jualan untuk Xiaomi 15 Series sudah dibuka di mana setiap pembelian ditawarkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,300! Wow!
Xiaomi 15 Ultra – Raja Fotografi Mudah Alih
Buat korang yang mahu mendapat gambar terbaik di setiap foto yang diambil, Xiaomi 15 Ultra adalah jawapannya!
Model premium ini hadir dengan sistem kamera quad Leica generasi beserta sensor utama 1-inci 200-megapixel!
Harga & Hadiah Percuma:
16GB+512GB – RM 5,199
16GB+1TB – RM 5,699
Xiaomi 15 Ultra bukan sahaja ‘raja fotografi mudah alih’, model ini turut hadir dengan cip pemprosesan terkini iaitu Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform, Xiaomi HyperAI serta Xiaomi Shield Glass 2.0 dalam menawarkan paparan yang tahan lasak.
Selain itu, Xiaomi turut memfokuskan dalam menawarkan telefon pintar yang diinspirasikan daripada rekaan kamera klasik untuk tampil lebih premium. Cool bukan?
Nak tahu apa yang buatkan Xiaomi 15 Ultra lebih berbaloi? Setiap pembelian Xiaomi 15 Ultra dalam masa terdekat bakal ditawarkan dengan Photography Kit Legend Edition dan Xiaomi OpenWear Stereo secara PERCUMA!
Xiaomi 15 – Peranti Premium Dengan Harga Berbaloi
Kalau anda mahukan peranti flagship dengan harga lebih mampu milik, Xiaomi 15 pilihan terbaik!
Dari segi spesifikasi, Xiaomi 15 dilengkapi dengan kamera Leica Summilux, paparan AMOLED CrystalRes, dan bateri berkapasiti tinggi untuk pengalaman seharian yang lebih lancar.
Harga & Hadiah Percuma:
12GB+256GB – RM 3,499
12GB+512GB – RM 3,699
Keistimewaan Xiaomi 15:? Kamera Leica Summilux dengan teknologi terkini? Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform – Kelajuan dan prestasi terbaik? Xiaomi HyperAI – Kepintaran buatan untuk gambar lebih cantik? Paparan CrystalRes Dynamic 120Hz AMOLED untuk tontonan lancar? Bateri 5240mAh dengan ketahanan sehingga 25 jam video playback
Para pembeli Xiaomi 15 juga tidak terlepas untuk mendapatkan hadiah berbaloi daripada Xiaomi! Khusus untuk pembelian secara online, para pembeli bakal menerima sebuah Xiaomi Watch S4 bernilai RM559 secara PERCUMA!
Nilai Tambah Eksklusif Untuk Pemilik Xiaomi 15 Series!
Mahukan lebih hadiah untuk setiap pembelian? Xiaomi sedia belanja korang di mana setiap pembeli bakal meraih manfaat eksklusif ini:
- Akses Google One selama 6 bulan
- Spotify Premium percuma selama 4 bulan
- Akses VIP Lounge (Dragonpass) di lapangan terbang
- 1+1 tahun jaminan lanjutan
- 1 penggantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan
- 1 pembaikan luar jaminan (caj buruh percuma) dalam tempoh 1 tahun
- Perkhidmatan pelanggan VIP
- Telefon gantian semasa proses pembaikan
- Servis pengambilan pintu ke pintu secara percuma
Korang jangan lepaskan peluang emas ini tau!
Jualan terbuka ini hanya berlangsung sekarang sehingga 31 Mac 2025 sahaja!
Apa tunggu lagi? Ayuh dapatkan Xiaomi 15 Ultra atau Xiaomi 15 sekarang dan nikmati hadiah percuma serta keistimewaan eksklusif yang menanti korang!
The post Xiaomi 15 Series Kini Di Pasaran! Dapatkan Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM3,330 Sempena Jualan Terhad! first appeared on OHBULAN!.