KRU is back! Legenda muzik Malaysia yang dianggotai Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim bakal mencipta sejarah sekali lagi apabila mereka ‘terbang’ ke Kota Singa untuk menghiburkan peminat setia dalam konsert penuh nostalgia GenKRU Live In Singapore!
GenKRU Live In Singapore
Selepas kejayaan luar biasa Konsert GenKRU di Axiata Arena Bukit Jalil yang mencipta fenomena hingga terpaksa ditambah ke tiga hari, kini giliran peminat di Singapura pula untuk merasai kehangatan dan kehebatan persembahan trio lagenda ini.
Konsert GenKRU Live In Singapore akan berlangsung pada 28 Jun 2025 di The Star Theatre daan battle tiket bakal dijual secara berperingkat bermula 14 April 2025 (Isnin) jam 11 pagi.
Sementara pengasas dan pemilik ICON Entertainment iaitu Iman Tang meluahkan rasa terharu dan bangga kerana impian GenKRU ke Singapura akhirnya terlaksana.
Tanpa banyak pertimbangan KRU sekali lagi menerima lamaran ICON Entertainment apabila kami beritahu GenKRU akan bikin heboh Singapura pula.
Hal ini kerana kami percaya peminat di Singapura juga perlu disantuni dan diberi eksklusiviti di negara mereka sendiri dengan momen terbaik menerusi GenKRU Live In Singapore pada 26 JUN ini.
Menurut Edry, KRU tidak ragu-ragu menerima tawaran untuk mengadakan konsert di Kota Singa kerana mahu menghargai sokongan peminat yang tidak pernah pudar.
Bagi KRU sendiri, mereka tidak menyangka keputusan untuk kembali melakukan konsert telah membuatkan KRU menjadi ‘Terhangat Di Pasaran’.
KRU harus katakan setuju untuk GenKRU Live In Singapore sebagai tanda aprisiasi terhadap peminat kami di sini yang memberi sokongan sejak dahulu sehingga kini.
Harga tiket adalah seperti berikut: SGD $ 208 (The Way We Jam), SGD $218 (Mengerti), SGD $ 228 (Awas), SGD $ 288 (Ohh! La! La!)
dan SGD $ 328 (Fanatik).
Tiket boleh dibeli DI SISTIC, bermula 14 April jam 11 pagi.
- GenKRU Live In Singapore
- 28 Jun 2025 (Sabtu)
- 8pm
- The Star Theatre, Singapore
The post GenKRU Bakal Gegarkan Singapura Pada 28 Jun Ini, Janjikan Eksklusiviti Buat Peminat first appeared on OHBULAN!.