Nama bekas model, Zahnita Wilson kembali menjadi topik hangat di media sosial selepas bekas rakan kongsi bisnesnya dikenali sebagai Neysahz tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai perangai sebenar wanita itu.
Artikel Berkaitan: Bekas Rakan Niaga Dakwa Zahnita Wilson ‘Kaki Putar’, Simpati Dengan Nasib Anak & Suami – ‘Tolong Sedar Sebelum Hilang Anak-Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahnita Wilson Pernah Ke Wad Psikiatri, Cari Ketenangan Dekatkan Diri Dengan Allah SWT
‘Mata Zahnita bukan kena tumbuk’
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Neyshaz atau nama sebenarnya Nur Hanisah menjelaskan bahawa niatnya bukan untuk mencampuri urusan sesiapa, sebaliknya merasakan dia berhak bersuara memandangkan dirinya mengetahui kebenaran di sebalik apa yang berlaku.
Mata Zahnita bukan kena tumbuk suaminya. Tapi dihempuk mainan anak bongsu ketika sedang tidur.
Kes pukul yang kata suami dia tumbuk tu dan kata suami rosakkan hidup dia pun tak betul. Beratus ribu dah bagi dekat Zahnita nak sokong buat macam-macam, tapi tak ada hasil.
Hanisah juga mendakwa suami Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor tidak pernah memburukkan atau membuka aib isterinya kepada sesiapa.
Suami dia tak pernah cari saya untuk burukkan isteri dia pada saya. Zahnita ni dia banyak bercerita dalam keadaan sekejap dia cakap A sekejap dia cakap B, kejap sedar, kejap lupa (yang ni keluarga pun tahu apa yang terjadi).
Macam mana suami positif dadah? Dia percaya, isteri dia letak dalam makanan. Mana dia dapat dadah? Hanya keluarga dia je yang tahu.
‘Suaminya yang kerja keras bagi kemewahan’
Dalam pada itu, Hanisah mengakui dia merupakan individu yang ada dengan Zahnita sejak awal dan membantu model itu menjalankan perniagaan pie.
Dari dulu orang sebut ‘Amber Heard Malaysia’. Saya tolong naikkan pie dia dri kosong sebab nak tolong dia bangun untuk masa depan anak-anak semua. Saya tak perlu nak jatuhkan dia, kalau nak jatuhkan, dari dulu lagi.
Sekarang, dia sendiri dah tutup rumah sewa yang set up dapur, tandanya apa?
Lebih menyedihkan apabila anak-anak turut terkesan dengan kemelut rumah yang berlaku antara ibu bapa mereka.
Tak pasal korang kecam teruk anaknya yang tengah SPM, suaminya yang kerja keras bagi kemewahan untuk keluarga.
Hanisah mendakwa dia akan menyerahkan semua bukti kepada suami Zahnita selain menegaskan bahawa status pasangan itu masih sah sebagai suami isteri.
Untuk segala bukti yang saya ada, termasuk gambar ketika anak bongsunya lemas, saya akan serahkan kepada suami dia.
Ni sekarang ada jiran bagi gambar dekats aya, anaknya terlepas beberapa kali dalam kawasan perumahan.
Jangan tertipu?
Sumber: Instagram Neyshaz
The post ‘Suami Dia Percaya Zahnita Letak Dad*h Dalam Makanan, Mata Dia Bukan Kena Tumb*k’ – Bekas Rakan Kongsi Dakwa Zahnita Putar Belit? first appeared on OHBULAN!.