Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34871

[VIDEO] Noor Kartini Perjelas Hantaran Di IG Tentang Orang Ketiga –‘Mungkin Ada Yang Salah Faham’

$
0
0

Ibu kepada usahawan dan selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tampil menjelaskan tentang hantaran berkenaan isu rumah tangga yang dimuat naik di sosial media.

Artikel Berkaitan: ‘Kadang Syait*n Yang Berupa Manusia Cuba Ganggu Kebahagiaan Orang’ – Noor Kartini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Semua Menangis’- Ibu Neelofa Disahkan Hidap Kanser Payudara, Ambil Keputusan Berehat Dari Perniagaan

Penjelasan Noor Kartini

noor kartini

Menerusi perkongsian kenalan rapat Kartini iaitu Rosix Ahmad di Instagram Story (IGs), dia memberitahu bahawa ramai yang menyalah anggap berhubung hantaran tersebut.

Kartini atau nama lengkapnya Noor Kartini Noor Mohammed kemudian menegaskan hantaran berkenaan bukan merujuk kepada rumah tangganya.

Mungkin orang salah faham, yang saya kata kadang syaitan berupa manusia cuba ganggu kebahagiaan orang itu sebenarnya bukanlah rumah tangga saya.

Ini tak ada kena mengena dengan saya langsung. Tak ada (penyondol).

Banyak kisah curang

Menurut usahawan berusia 58 tahun itu, hantaran tersebut dikongsikan berikutan dia mendengar terlalu banyak kisah-kisah curang yang berlaku ketika ini.

Dalam masa yang sama, Kartini juga mengucap rasa syukur kerana tidak pernah diganggu orang ketiga sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama suami.

Ini adalah kenyataan secara umum, sebab banyak kisah curang. Orang tu sudah bahagia duduk elok-elok kenapa kau nak pergi kacau?

Syukur Alhamdulillah sudah hampir 30 tahun berkahwin saya Allah jaga.

Terdahulu, Kartini memuat naik perkongsian yang bertajuk ‘Penyebab Suami Tawar Hati’, ia menyentuh tentang bahaya apabila salah seorang pasangan iaitu suami atau isteri mula berasa bosan dan menyesal berkongsi hidup bersama.

Kartini turut menambah pandangannya sendiri dengan menyatakan bahawa pihak ketiga juga boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga.

Sumber: IG Rosix

The post [VIDEO] Noor Kartini Perjelas Hantaran Di IG Tentang Orang Ketiga – ‘Mungkin Ada Yang Salah Faham’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34871