Pelakon Sherry Ibrahim sama sekali tidak menyangka akan bertemu adik kepada aktor Fattah Amin iaitu Raihan di sebuah majlis baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sherry Ibrahim Peluk Adik Perempuan Fattah Amin, Netizen Seloroh – ‘Ada Persaingan Nampaknya’
Artikel Berkaitan: Adik Fattah Amin Kongsi Kata-Kata Nasihat Tentang Sikap Ghibah Di IG Story – ‘Jangan Bangga Pandai Kecam Orang, Nabi Tak Suka’
Lama tidak bertemu
Ketika ditemui OhBulan!, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Raihan.
Menurut Sherry, itu adalah pertemuan semula mereka selepas sekian lama hubungannya dengan aktor tersebut berakhir.
Soalan pertama yang saya tanya adalah kenapa dia menangis sewaktu bersalaman dengan saya. Sebenarnya saya tak perasan kehadirannya kerana lokasi itu bertingkat dan dia pula mengenakan tudung labuh.
Saya sangka dia hanyalah peminat biasa, sehinggalah dia membisikkan dia adalah ‘adik Fattah’. Masya-Allah, kami terus berpelukan. Ia satu momen yang tak dijangka, semuanya berlaku secara kebetulan dan penuh hikmah.
Bercerita lanjut, aktres berusia 42 tahun itu berkata, ada beberapa perkara yang mereka kongsikan pada pertemuan tersebut.
Saya gembira dapat jumpa dia. Kami berbual, saya tanya khabar ibu (mak Fattah). Raihan kata dia rindu saya.
Ia adalah momen yang indah, hanya antara saya dan dia. Apa yang kami bualkan pun semuanya perkara yang baik-baik sahaja.
Hubungan baik
Dalam masa yang sama, pelakon drama Gadis Masa itu memberitahu dia tetap menjaga hubungan baik bersama keluarga Fattah meskipun mereka sudah membawa haluan masing-masing.
Bagaimanapun, Sherry memilih untuk tidak berhubung secara langsung demi menghormati Fattah dan keluarganya.
Sudah terlalu lama saya tak bertemu dengan Raihan. Bila kita dah ‘move on’, kita tak toleh ke belakang lagi. Bukan kerana tak mahu berhubung, tetapi demi menjaga hati dan perasaan orang-orang di sekeliling.
Saya dan Raihan tidak pernah putus hubungan sepenuhnya, cuma kami ada berinteraksi melalui media sosial.
Saya pun sudah seperti kakak kepada mereka. Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa pun.
Terdahulu, tular sebuah video di platform TikTok yang memaparkan momen menyentuh hati apabila Sherry dan Raihan berpelukan sambil mengalirkan air mata sewaktu bertemu semula di majlis tersebut.
Sekadar info, Sherry dan Fattah pernah menjalin hubungan cinta sebelum putus pada tahun 2016.
The post [VIDEO] ‘Raihan Kata Dia Rindu Saya’ – Sherry Ibrahim Tak Sangka Jumpa Adik Fattah Amin, Pertemuan Disifatkan Penuh Hikmah first appeared on OHBULAN!.