Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34871

Noorkhiriah Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Hari Lahir Dari Suami

$
0
0

Pelakon serba boleh, Noorkhiriah meluahkan rasa terkejut apabila suaminya, Azfaizul Ahtan menghadiahkan set kain kafan bersempena dengan ulang tahun kelahiranya yang ke-47.

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Menangis Lihat Video Tiga Beradik Cium Jenazah Arwah Ibu – ‘Berulang Kali Tengok, Deras Air Mata’

Dapat hadiah kain kafan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie menerima dengan hati terbuka pemberian yang diikat dengan reben.

Dalam masa yang sama, pelakon drama ‘Nur’ ini turut meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepadanya untuk meneruskan hidup.

Terima kasih Allah kerana masih memanjangkan umur yang dah singkat ini untuk buat apa yang patut.

Terima Kasih mak, halalkan air susu dan terima kasih encik suami atas doa dan hadiah, halus ek permainan.

Akhir sekali, tahniah sebab dah dekat dengan kematian.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Khiriah.

Sekadar info, Noorkhiriah dan Azfaizul Ahtan telah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Hudhaifah, Muhammad Yusoff, dan Nur.

Sumber: IG Noorkhiriah

The post Noorkhiriah Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Hari Lahir Dari Suami first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34871