Bila sebut pasal airport, ramai yang terbayang perjalanan susah dan jauh, lebih-lebih lagi dengan suasana menunggu yang membosankan, kerusi keras dan jam berlalu perlahan.
Tapi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) buktikan yang pengalaman di lapangan terbang tak semestinya begitu.
KLIA bukan sahaja menjadi pintu masuk utama ke Malaysia, tetapi juga merupakan salah satu lapangan terbang paling moden dan lengkap di rantau ini.
Dengan reka bentuk yang elegan dan perkhidmatan bertaraf dunia, KLIA memastikan setiap pengunjung mendapat pengalaman perjalanan yang lancar dan menyenangkan.
Jom lihat fasiliti yang telah dinaik taraf di KLIA!
1. Stay connected dan enjoy seni budaya
View this post on Instagram
Bateri phone tinggal 1%? No worries! KLIA ada banyak charging ports supaya korang takkan terputus hubungan.
Sambil tu, korang juga boleh cuci mata di Heritage Lane yang menampilkan budaya Malaysia dalam suasana yang unik dan menarik hanya di KLIA Terminal 1. Confirm tak bosan!
2. ‘Syurga’ anak-anak di Orang Utan Kids Zone
@malaysiaairports Woohoo! ? The brand-new Orangutan Kids Zone has arrived at KLIA Terminal 1! ??? It’s time to turn travel into playtime with slides, giggles, and unforgettable memories! ???? ? Located on the Mezzanine Level, near Gate C31, Satellite Building, KLIA Terminal 1. #MYairportsshares #playground #kidstravel #travelwithkids #klia #airportfun #fyp #fypviral?
? A happy song perfect for the opening(1601429) – Kids Sound
Kalau bawa anak-anak, confirm diorang happy! KLIA Terminal 1 kini mempunyai Orang Utan Kids Zone, kawasan permainan yang interaktif dan fun untuk si kecil sementara korang menunggu penerbangan.
Barulah anak-anak korang penat dan tidur sepanjang penerbangan. Dapatlah korang dapat me time dalam penerbangan.
3. Surau yang selesa
Dalam berseronok, jangan lupa solat. Nak solat dengan tenang? Surau di KLIA Terminal 1 telah dinaiktaraf dan kini mempunyai ‘new look’ dengan ruang yang lebih luas dan selesa. KLIA telah menaiktaraf surau di Terminal 1. Kini, surau lebih luas dan selesa.
Ruang ibadah ini memang terbaik untuk memastikan perjalanan korang diberkati dan boleh dikatakan surau di Terminal 1 ini lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan untuk beribadah.
4. Penyediaan fasiliti kerusi roda dengan keselesaan maksimum
View this post on Instagram
Tak perlu risau kalau perlukan bantuan mobiliti! KLIA sediakan fasiliti kerusi roda untuk memudahkan pergerakan penumpang — mesra pengguna dan selesa.
Nak guna? Senang je! Korang boleh dapatkan kerusi roda ini di 4 lokasi berikut:
- Kaunter informasi di bangunan terminal utama (balai antarabangsa)
- Pintu antarabangsa G & H di balai antarabangsa (terminal utama)
- Pintu antarabangsa C di bangunan satelit
- Kaunter informasi di bangunan satelit
Nota penting: Kerusi roda ini disediakan sebagai fasiliti sahaja. Jadi, pastikan ada ahli keluarga atau teman yang boleh tolong tolakkan ya!
5. Masuk dan keluar parking seperti boss dengan pembayaran tanpa tunai
View this post on Instagram
Zaman sekarang, siapa lagi guna tunai kan? Kini, KLIA memudahkan urusan korang dengan Cashless Parking.
Bayar sahaja guna je kad kredit/ debit atau e-wallet korang sebelum ke tempat letak kereta dan terus boleh keluar tanpa hassle! Tak perlu risau dah tentang keberadaan kad parking.
Duduk airport lama pun tak jadi masalah kalau tempatnya selesa dan ada banyak benda menarik untuk dilakukan! KLIA bukan sekadar lapangan terbang, tapi tempat yang penuh dengan pengalaman best untuk semua orang.
Lepas ni kalau ada penerbangan dari KLIA, jangan lupa explore semua kemudahan ni. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang ini.
The post Duduk Airport Lama? Jom Enjoy Heritage Lane, Kids Zone & Fasiliti Lain Di KLIA! first appeared on OHBULAN!.