Buat julung kalinya, Live Universe bakal menganjurkan konsert mega yang menampilkan dua nama besar industri K-Pop, iaitu kumpulan (G)I-DLE dan artis solo popular BamBam dari GOT7!
Konsert BamBam & (G)I-DLE
Konsert penuh gempak ini dijadual berlangsung pada 14 Jun 2025 bertempat di lokasi ikonik, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Apa yang menjadikan konsert ini begitu istimewa ialah ia merupakan konsert K-Pop pertama yang berlangsung di Stadium Merdeka, sekaligus mencipta sejarah tersendiri buat peminat muzik Korea di Malaysia.
Kami berdedikasi untuk membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat K-Pop di Malaysia. Sebagai tuan rumah kepada (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukan sekadar konsert tetapi satu pencapaian bersejarah.
(G)I-DLE debut pada 2018 di bawah Cube Entertainment, kumpulan yang dianggotai oleh Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua ini terus mencuri perhatian dunia dengan identiti muzik yang unik dan visual yang memukau.
Lagu-lagu seperti ‘Latata, Oh My God, dan Tomboy’ bukan saja viral, malah berjaya menduduki carta-carta teratas di Korea dan antarabangsa.
Album mereka I Never Die turut mendapat pengiktirafan majalah TIME sebagai salah satu The Best Albums of 2022.
BamBam mila dikenali sebagai ahli kumpulan GOT7, kini BamBam menempa nama sebagai penyanyi solo dengan pesona tersendiri.
Dikenali dengan gaya fesyen yang bold dan persembahan bertenaga, kehadiran BamBam dalam konsert ini pastinya akan menggamatkan suasana!
The post K-Pop Gegar Stadium Merdeka! (G)I-DLE & BamBam Bakal Cetus Fenomena Pada 14 Jun 2025! first appeared on OHBULAN!.