Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34863

Yusof Haslam Gembira Syamsul & Puteri Sarah Berkawan Baik – ‘Mereka Langsung Tidak Bermusuhan Antara Satu Sama Lain’

$
0
0

Datuk Yusof Haslam

Selepas melalui episod kurang indah, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam berasa gembira kerana anaknya, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusof Haslam Galak Syamsul Cari Pasangan, Seronok Tengok Keadaan Terkini – ‘Sekarang Dia Nampak Lebih Fokus’

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Syukur, Syamsul Pulang Beraya – ‘Aidilfitri Ini Lebih Meriah’

Lengkap sekeluarga

Datuk Yusof Haslam

Menerusi temu bual bersama Melodi, Yusof, 70, menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini sangat bermakna buatnya apabila seluruh keluarga berkumpul selepas beberapa tahun tidak lengkap tanpa Syamsul.

Syawal kali ini saya dapat berkumpul lengkap satu keluarga.Saya dapat bersama dengan semua anak-anak dan menantu serta cucu.

Orang kata buang yang keruh ambil yang jernih, apa yang dicari sekarang adalah kedamaian, apatah lagi usia saya dan isteri sudah menjangkau angka 70.

Kami semua hanya mahu keharmonian dalam rumah tangga. Alhamdulillah semua yang terjadi dengan izin Allah.

Dalam pada itu, Yusof turut bersyukur melihat hubungan baik yang terjalin antara Syamsul dan Puteri Sarah meskipun mereka bukan lagi sepasang suami isteri.

Saya syukur Syamsul dah balik semula kepada keluarga dan Sarah juga saya lihat masih berkawan dengan Syamsul. Mereka langsung tidak bermusuhan antara satu sama lain.

Soal jodoh saya tidak boleh cakap, andai ada jodoh mungkin mereka berbalik, jika tidak, tidak mengapa. Jodoh pertemuan adalah kuasa Allah.

Sekadar info, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun 2023.  Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.

Sumber: Melodi

The post Yusof Haslam Gembira Syamsul & Puteri Sarah Berkawan Baik – ‘Mereka Langsung Tidak Bermusuhan Antara Satu Sama Lain’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34863