Berjaya melangkah ke peringkat akhir ujibakat program Big Stage, penyanyi, Syafeek Ikhwan meluahkan rasa syukur dan beharap bakatnya dapat dikembangkan sekiranya terpilih sebagai finalis.
Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Dakwa Ditipu Penyanyi, Diajak Buat ‘Showcase’ Tapi Lesap – ‘Dia Memang Kaki Kelentong’
Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Bawa Diri Ke Luar Negara, Mahu Cari Ketenangan & Merawat Hati Yang Terluka
Ambil semangat juara
Tidak akan melepaskan peluang, Syafeek mengambil semangat juang dan menjadikan rakan seindustri yang juga juara musim lalu program tersebut, Nadeera sebagai sumber inspirasi.
Nadeera pernah mencuba nasib dalam Big Stage, kini sudah berjaya mengukir nama dalam dunia seni.
Saya percaya bahawa tiada salahnya untuk terus berusaha kerana siapa tahu, rezeki mungkin berpihak sekiranya diberi peluang menyertai program seperti Big Stage.
Saya harap diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan dan terus berkembang dalam industri muzik tanah air.
Dalam pada itu, Syafeek berharap langkahnya dalam dunia seni akan terus mendapat perhatian ramai.
Siapa tahu, peluang di Big Stage mungkin menjadi langkah seterusnya dalam perjalanan seni yang lebih gemilang.
Sekadar info, pada tahun 2018, Syafeek pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila muncul juara dalam pertandingan i-Sing World di Paris, Perancis.
Selain itu, pada tahun 2021, Syafeek berjaya menjuarai program Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) bersama pasangan duetnya, Zazo.
The post Syafeek Ikhwan Ambil Semangat Juara Nadeera first appeared on OHBULAN!.