Pelakon dan model Zahnita Wilson berada dalam keadaan terlalu penat atau ‘burnout’ selepas namanya kembali menjadi bualan hangat susulan dakwaan yang didedahkan oleh bekas rakan bisnesnya, Nur Hanisah.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Dia Percaya Zahnita Letak Dad*h Dalam Makanan, Mata Dia Bukan Kena Tumb*k’ – Bekas Rakan Kongsi Dakwa Zahnita Putar Belit?
Artikel Berkaitan: Bekas Rakan Niaga Dakwa Zahnita Wilson ‘Kaki Putar’, Simpati Dengan Nasib Anak & Suami – ‘Tolong Sedar Sebelum Hilang Anak-Anak’
‘Burnout’
Susulan itu, Zahnita, 40, berkata, dia perlu menenangkan dirinya buat sementara waktu dan terpaksa berehat dahulu daripada mengambil tempahan pai yang diusahakan.
Saya sangat penat, saya berada di ambang keletihan, saya ‘burnout’ dari segi mental dan fizikal. Biarkan saya berehat seketika, saya akan buka semula tempahan dalam minggu depan.
Dalam pada itu, Zahnita turut memaklumkan dia akan menjelaskan segala urusan berkaitan isu rumah tangganya dengan suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor di Mahkamah Syariah Kuantan, Pahang pada 18 April ini.
Terdapat tiga kes yang berjalan serentak iaitu melibatkan hadanah, interim injuksi dan kes cerai yang mana sudah diperingkat hakam.
Saya mahu ajak semua pengamal media ke Mahkamah Syariah Kuantan, Pahang pada 18 April ini pada jam 9 pagi.
Antara kes yang akan dibincangkan adalah kes induk hadhanah (menuntut hak jagaan semua anak).
Kedua, kes interim injuksi menghalang gangguan, memulangkan barangan peribadi dan menghalang tindakan menyalahgunakan anak di media sosial.
Kemudian kes cerai, lantikan hakam keluarga untuk kedua-dua pihak.
Katanya lagi, dia juga lebih terbuka untuk menjawab segala pertanyaan di mahkamah nanti.
Sebelum ini, Hanisah mendakwa segala dakwaan yang dibuat Zahnita berhubung isu keganasan rumah tangga adalah tidak benar.
Dakwa Hanisah, Zahnita tidak pernah dipukul oleh suaminya dan berkata segala yang dikongsikan kepada umum sebelum ini adalah palsu.
Sumber: Instagram
The post Zahnita Wilson ‘Burnout’ Mental & Fizikal, Akan Jawab Semua Isu Di Mahkamah Pada 18 April first appeared on OHBULAN!.