Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming berkongsi jumlah wang yang diperoleh daripada penonton sepanjang bersiaran langsung di aplikasi TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Digelar ‘Majikan Dari Syurga’, Netizen Ramai Nak Mohon Kerja – ‘Bestnya Dapat Boss Macam KA’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Utamakan Keberkatan, Nekad Takkan ‘Review’ Makanan Tak Sedap – ‘Kadang-Kadang Kita Lupa..’
Tak guna walau satu sen
@hasbimendezBuat baik dibalas baik. Niat ikhlas bantu ramai orang, Allah bantu semula. Inspirasi.? original sound – Hasbimendez
Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan bahawa dia tidak menggunakan walau satu sen wang yang diperoleh daripada ‘gift’ TikTok.
Berkongsi lebih lanjut, pempengaruh terkenal itu berjaya memperoleh wang berjumlah hampir RM32,000.
Yang ini satu sen pun saya tak ambil.
Duit ini saya guna untuk bagi gift pada orang lain.
Kejap saya bagi gift singa, ikan paus, kereta api. Duit ini tak pernah habis sebab bila saya buat live, akan masuk lagi duit lain.
Jadi, setakat ini yang terkumpul sebanyak RM31,931.87.
Nak keluarkan pun saya tak tahu macam mana.
Tambahnya, sokongan daripada orang ramai terhadap produknya sudah mencukupi.
Jutawan muda
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji inisiatif Khairul Aming dengan memberi kembali kepada orang yang lebih memerlukan tanpa menggunakan wang daripada usahanya sendiri.
Sumber: TikTok @Hasbimendez
The post [VIDEO] Khairul Aming Raih Hampir RM32k Buat ‘Live’, Tak Guna Walau Sesen – ‘Saya Akan Bagi Balik Masa Orang Lain Live’ first appeared on OHBULAN!.