Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi video blog atau ‘vlog’ ketika menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail dengan penyanyi, Aisyah Aziz.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Aisyah Aziz Sah Bergelar Isteri Doktor, Abang Kepada PU Riz
Artikel Berkaitan: Aisyah Aziz Bakal Berkahwin, Calon Suami Bukan Orang Industri – ‘Insya-Allah Selepas Raya’
Vlog pernikahan Aisyah
Menerusi video yang dimuat naik, Neelofa bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz dilihat menaiki penerbangan dari Malaysia menuju ke Singapura.
Dalam klip tersebut memaparkan sekitar majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid.
Aisyah usai diijabkabul dilihat gagal menahan air mata ketika bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya. Momen itu turut mengundang rasa sebak Neelofa.
Dalam hantaran sama, bekas pengacara program MeleTOP itu juga berkongsi sedikit sorotan pada majlis persandingan yang memperlihatkan Aisyah dan suami duduk di atas pelamin indah.
Menerusi ruang kapsyen, Neelofa meluahkan rasa syukur dan gembira menjadi saksi penyatuan dua cinta itu.
Pada Jumaat, Aisyah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.
Lelaki yang berjaya menambat hati Aisyah atau nama lengkapnya Nur Aishah Aziz, 31, merupakan abang kepada PU Riz sekali gus penyanyi tersebut bergelar biras kepada Neelofa.
Sumber: Instagram
The post Neelofa Kongsi Vlog Hadiri Perkahwinan Aisyah Aziz, Sebak Ketika Akad Nikah first appeared on OHBULAN!.