Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34835

Blood Brothers: Bara Naga Raih RM9.2 Juta Kutipan Selepas Dua Hari Ditayang!

$
0
0

Blood Brothers:

Baru sahaja dua hari ditayangkan di pawagam, filem aksi epik yang sarat dengan emosi dan ledakan visual, Blood Brothers: Bara Naga berjaya meraih kutipan sebanyak RM9.2 juta.

Artikel Berkaitan: Karya Bertaraf Antarabangsa, Ini 4 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton ‘Blood Brothers’ Di Pawagam Mulai Hari Ini!

Artikel Berkaitan: Syafiq Yusof Akui ‘Blood Brothers’ Filem Aksi Paling Susah Dihasilkan, Mahu Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

RM9.2 juta kutipan!

Blood Brothers:

Blood Brothers: Bara Naga telah ditayangkan di 170 pawagam sekali gus menjadikannya antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan luar biasa.

Antara negeri yang mencatat jumlah tontonan tertinggi adalah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Pencapaian luar biasa itu bukan sahaja membuktikan sambutan hangat penonton terhadap karya yang berkualiti, malah menjadi bukti bahawa gabungan naskhah penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 

Filem arahan dua pengarah hebat, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu juga terus mencuri perhatian di seluruh platform media sosial dan mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat filem tempatan.

Ramai yang memuji kualiti produksinya dan menyifatkan filem ini sebagai satu pencapaian yang menetapkan penanda aras baharu untuk filem aksi tempatan.

Blood Brother: Bara Naga dibintangi Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Syukri Yahaya, Syafiq Kyle, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.

Ayuh serbu pawagam yang berdekatan dengan anda dan saksikan sendiri filem epik yang mengubah landskap filem aksi tempatan.

Rasai setiap detik ketegangan, emosi, dan aksi yang bakal menjadikan Blood Brothers: Bara Naga sebagai filem ikonik dalam sejarah perfileman Malaysia.

The post Blood Brothers: Bara Naga Raih RM9.2 Juta Kutipan Selepas Dua Hari Ditayang! first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34835