Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34863

[VIDEO] Che Ta Tidak Sihat, Aaisyah Dhia Rana Kemas Bilik Tidur Sendiri

$
0
0

Anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana meraih perhatian ramai selepas mengemas bilik tidurnya sendiri tanpa pertolongan ibu bapanya.

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Hilang Banyak Kontrak Selepas Viral Isu Hutang – ‘Banyak Jenama Setuju, Kemudian Berlalu’

Artikel Berkaitan: ‘Empat Orang Anak Syurga Ayu & Zaquan Menanti Di Sana’ – Rozita Che Wan

Aaisyah kemas bilik

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, memuat naik video memaparkan anak perempuannya memegang penyapu selepas keluar daripada biliknya.

Aktres itu berkata dia tidak dapat menolong Aaisyah mengemas rumah kerana tidak sihat badan.

Maid in manhattan. Nak bilik besar sangat kan, kena kemas sendiri la.

Saya pula demam, tiga hari tak bangun. Dia la kena ambil alih tugas saya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji cara Che Ta mendidik Aaisyah supaya menjadi seorang yang rajin.

‘Pandai anak dara sorang ni’

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Che Ta Tidak Sihat, Aaisyah Dhia Rana Kemas Bilik Tidur Sendiri first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34863