Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34840

Ubai Gembira Dapat Beli Helmet Arai, Netizen Teka Harga Boleh Cecah RM15,000

$
0
0

Ubai MZ

Hasrat pempengaruh media sosial, Ubai MZ untuk memiliki sebiji helmet idaman jenama Arai jenis Ram3 Stella akhirnya tercapai.

Artikel Berkaitan: ‘Bayar Harga Saya Tapi Nak Sekali Shila Amzah’ – Ubai MZ

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Shila Amzah Dijangkiti Kutu, Reaksi Seth Uwais Buat Ramai Terhibur – ‘Doakan Saya Cepat Sihat’

Helmet idaman

Ubai MZ

Menerusi perkongsian di TikTok, Ubai atau nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia sudah menempah helmet tersebut sebelum Ramadan.

Barang yang dinanti-nantikan sudah selamat tiba, tunggu daripada sebelum puasa order. Bayar ansur-ansuran dan akhirnya dapat juga helmet idaman saya.

Kalau perempuan suka beli emas untuk ‘invest’ pada masa depan, tetapi lelaki inilah (helmet) barangnya.

Menerusi hantaran sama, suami kepada penyanyi, Shila Amzah itu turut berkongsi video ‘unboxing’ helmet berwarna merah tersebut.

Meskipun Ubai memberitahu harga helmet tersebut adalah RM1,500 kepada isterinya, namun wargamaya yang singgah ke ruangan komen menafikan nilai tersebut.

Menurut warganet, harga sebenar helmet itu boleh mencecah RM8,000 hingga RM15,000.

Sumber: TikTok

The post Ubai Gembira Dapat Beli Helmet Arai, Netizen Teka Harga Boleh Cecah RM15,000 first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34840