Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34778

[VIDEO] Aaron Aziz Dahulukan Duit RM90k Untuk Jemaah, Enggan Ambil Tindakan Terhadap Agensi Umrah – ‘Pekerja Tak Bersalah Akan Hilang Kerja’

$
0
0

 

Pelakon, Datuk Aaron Aziz enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah agensi pengurusan umrah yang didakwa telah melakukan penipuan terhadap dirinya dan 40 jemaah lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Agensi Umrah RM90,000, Tekanan Darah Tinggi Naik 179

Tak mahu pekerja tak berdosa kena tempias

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Ketika ditemui OhBulan!, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz berkata, dia mengambil keputusan untuk berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang tidak berdosa terkena tempias.

Kejadian itu berlaku sebulan sebelum saya tanda tangan kontrak, nasib baik tak terjebak lebih. Kini, mereka sedang buat proses pemulangan duit sedikit demi sedikit.

Kalau saya ambil tindakan, syarikat itu akan tutup dan saya tak akan dapat duit saya semula dan selebihnya ramai pekerja tak bersalah akan hilang kerja mereka tapi sebenarnya tindakan tetap kena ambil.

Aaron berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 bertempat di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Guna wang sendiri sebanyak RM90,000

Berkongsi lanjut, pelakon filem ‘KL Gangster’ ini mengambil keputusan untuk menggunakan wang kepunyaan sendiri sebanyak RM90,000 bagi merealisasikan impian kesemua jemaah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Saya tak guna perkataan tipu atau scammer tapi mungkin salah percaturan kerana umrah ini bukan perniagaan macam pakej percutian dan umrah pula melibatkan kos yang besar.

Bukan ditipu tetapi berlaku kesilapan daripada pihak pengurusan.  Jadi saya terpaksa keluarkan duit sendiri sebanyak RM90,000.

Sebenarnya kalau saya tak keluarkan duit, 40 orang jemaah ini akan tersangkut macam itulah.

Saya tengok gambar-gambar semua jemaah yang merupakan pakcik dan makcik.

Jadi kalau saya tak belikan tiket dulu mereka takkan akan dapat pergi umrah.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 49 tahun itu tidak menyangka kerjasama yang sudah terjalin sejak lapan tahun lalu berakhir dengan cara sebegini.

Saya dengan syarikat itu sudah lama bekerjasama, lebih lapan tahun memang tiada masalah cuma kali ini saja.

Sejak perkara itu memang saya tamatkan kerjasama, anggap kami sudah tiada jodoh lagi.

Terdahulu, Aaron meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dirinya mengalami kerugian hampir RM90,000 akibat ditipu oleh sebuah agensi pengurusan umrah pada Mac lalu.

Bukan itu sahaja, bapa kepada tiga orang anak ini juga mendakwa dia tidak menerima bayaran gaji hasil kerjasama dengan pihak berkenaan.

The post [VIDEO] Aaron Aziz Dahulukan Duit RM90k Untuk Jemaah, Enggan Ambil Tindakan Terhadap Agensi Umrah – ‘Pekerja Tak Bersalah Akan Hilang Kerja’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34778