Pada Isnin, Malaysia dikejutkan dengan pemergian mantan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara.
Artikel Berkaitan: Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun
Sajak kembali tular
@cd_calar SAJAK NUKILAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DILAGUKAN RAMLI SARIP #song #fyp? #healing #lagu #fyp ? original sound – cdCalar kedai
Sejak pemergian, tular semula satu sajak bertajuk ‘Ku Cari Damai Abadi’ yang ditulis Allahyarham sendiri di media sosial.
Melalui sajak tersebut, Allahyarham yang lebih mesra disapa ‘Pak Lah’ mengangkat tema mengenai ketenangan jiwa serta pencarian dan harapan terhadap kesejahteraan dalam kehidupan.
Bait-bait sajak itu juga mencerminkan sisi peribadi Allahyarham yang begitu terkenal dengan pendekatan kehidupan yang sederhana.
Sajak yang ditulis pada tahun 2004 kini tular dan menyorot perhatian wargamaya yang menjadikan nukilan tersebut sebagai simbol penghormatan dan kenangan bersama Perdana Menteri Malaysia kelima itu.
Al-fatihah
Sekadar info, Allahyarham Pak Lah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin selepas dimasukkan ke IJN akibat masalah sesak nafas.
Berita pemergian Allahyarham itu diumumkan bekas Ahli Parlimen Rembau yang juga merupakan menantu, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Instagram Story (IGs).
Sumber: TikTok
The post Sajak Karya Allahyarham Pak Lah Kembali Tular – ‘Aku Cari Bukan Harta Bertimbun’ first appeared on OHBULAN!.