Usahawan, Yatie Kamarzaman menafikan dakwaan bahawa suaminya yang menyatukan hubungan antara ibunya, Rozita Ibrahim dengan bapa tiri.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak’ – Rozita Ibrahim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’
Penjelasan Yatie
@honey1980_3 Kak yatie dah jelaskan semua. Apa apa pun, jodoh rahsia Allah kan, kita doa family mereka baik baik saja?? positivevibes. #nasihatkehidupan #fitnah yatiesendayutinggi. viral. #fyppppppppppppppppppppppp
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Yatie menegaskan bahawa suaminya tidak ada kena mengena dengan jodoh ibunya malah mereka tidak dijemput ketika majlis akad nikah.
Yang saya geram, ada fitnah yang mengatakan suami saya yang perkenalkan bapa tiri baru (kepada ibu) sehinggakan adik-adik saya dan netizen pun salah faham.
Wallahi, saya dan suami pun terkejut orang kata kami yang ‘kenenkan’. Kalaulah kami yang jodohkan kenapa watak antagonis (saya) tiada semasa mereka akad nikah?
Benda dah halal pun saya terkejut juga sebab memang tak dijemput. Ada dalang nikah, kalau saya nak cerita nanti jadi terkejut pula.
Dalam pada itu, Yatie menegaskan penyatuan ibu dan bapa tirinya adalah jodoh daripada Allah SWT.
Tak ada sesiapa yang jodohkan mereka, mereka jatuh cinta dan berjodoh atas kehendak sendiri dan takdir tuhan.
Yang ada cuma yang ‘kenen-kenenkan’.
Fitnah semata-mata
View this post on Instagram
Menurut Yatie, dakwaan tersebut telah menimbulkan prasangka yang tidak baik antara adik-beradiknya malah boleh menjejaskan hubungan mereka.
Saya rasa tak seronok, malah suami saya selalu berpesan jangan campur urusan orang. Saya pula tak boleh sabar, itu keluarga saya jadi kena masuk campur.
Saya sampai bertekak dengan adik-beradik saya sebabnya ada fitnah yang mengatakan suami saya yang menjodohkan ibu saya. Bayangkan adik-beradik saya marah macam mana.
Awak semua tak tahu apa yang terjadi di belakang dan bagaimana Syukri pula cuba menjadi orang tengah untuk menenangkan semua orang.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Yatie Kamarzaman Nafi Suami ‘Kenenkan’ Ibu Dengan Bapa Tiri – ‘Kalau Betul, Kenapa Kami Tak Ada Masa Akad Nikah?’ first appeared on OHBULAN!.