Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34979

[VIDEO] ‘Mak Tiri Jauh Lebih Baik Dari Mak Aku Sendiri..Dia Suka Cerita Aib, Doa Aku Jadi Miskin’ – Zarina Anjoulie

$
0
0

Pelakon dan personaliti media sosial, Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi perhatian apabila mendakwa ibu kandungnya seorang yang bersikap toksik dan narsistik.

‘Mak cemburu dekat anak sendiri’

@applemerah_91 Sedih rupanya kisah hidup Anju ? #fyp ? original sound – applemerah?

Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju mendakwa ibunya sering cemburu terhadap dirinya sehingga sanggup mengaibkan anak sendiri di hadapan tetamu yang datang ke rumah.

Ada tak mak cemburu dekat anak sendiri? Semua orang yang datang rumah, dia kutuk aku. Dia suka cerita aib aku.
Tapi depan orang dia berlakon dia baik.

Mak aku ni jenis kalau dia tak suka seseorang, dia akan hasut orang lain untuk tak suka kau, termasuk anak sendiri.

Lebih meruntun hati apabila Anju mendakwa ibunya itu pernah memberi amaran kepadanya supaya menafikan hubungan darah antara mereka berdua.

Dia pernah cakap ‘kau jangan cakap dekat orang yang kau anak aku, kau jangan malukan aku’.

Dia siap doa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tolonglah miskinkan anak aku, harap-harap dia tak ada rezeki’. Itulah doa dia setiap hari.

Pernah masa anak aku Matin kecil, dia kata aku ni orang gaji dia. Dia tak bagi Matin panggil aku mama, dia suruh panggil Anju.

‘Aku dah maafkan mak aku 10 kali’

@applemerah_91 Replying to @mieraar96 Part 2. tgk smpai habis. yang ni lagi sedih ?. #fyp ? original sound – applemerah?

Meskipun hubungan mereka tegang, Zarina menjelaskan sebab dia masih tinggal serumah dengan ibunya adalah kerana ingin berada dekat dengan anaknya yang turut tinggal di situ.

Dalam pada itu, Zarina bersyukur kerana masih diberi nikmat kasih sayang daripada ayah kandungnya dan juga ibu tiri yang jauh lebih baik.

Aku dah maafkan mak aku 10 kali tapi dia buat lagi.

Alhamdulillah, saya sujud syukur sebab beri saya ayah yang sangat baik. Mak tiri aku pun jauh lebih baik dari mak aku sendiri.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Mak Tiri Jauh Lebih Baik Dari Mak Aku Sendiri..Dia Suka Cerita Aib, Doa Aku Jadi Miskin’ – Zarina Anjoulie first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34979