Penyampai radio bagi segmen ‘Bekpes Hot’ yang terdiri daripada Johan, AG dan Fara Fauzana tercengang mendengar pendedahan yang dibuat seorang pemanggil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Geng Bekpes Hot Buat ‘Serumpun Challenge’, KJ Raih Perhatian – ‘Sejak Jadi DJ, Semua Step Dia Hafal’
Berpisah sebab suami ada lelaki lain?
@hotfm976_ Harap harap ibu mentua Nurin dengar lah luahan Nurin ni… Salah faham punca perceraian anak. Padahal Nurin minta cerai bukan sebab dia ada lelaki lain, tapi bekas suami dia yang ada l***** lain ? #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Nurin itu memaklumkan dia sudah berpisah hampir tiga tahun dengan bekas suami.
Nurin kemudiannya mendakwa dia dipersalahkan ibu mentua yang beranggapan dirinya mahu berpisah kerana mempunyai lelaki lain.
Saya dan suami dah berpisah dekat tiga tahun.
Dan perpisahan kami ini dipersalahkan mak mentua saya sebab dia ingat saya ada orang lain sebab itu saya nak berpisah.
Sebenarnya saya nak cakap dekat mak mentua bahawa bukan saya yang ada lelaki lain, tetapi anak dia yang ada lelaki lain.
Di akhir perkongsian, Nurin memaklumkan dia mahu ibu mentuanya mengetahui hal yang sebenar serta tidak menyalahkan orang lain atas perpisahannya dengan bekas suami.
Saya buat luahan ini supaya mak mentua saya itu tidak percaya anak dia bulat-bulat.
Janganlah pandang anak orang lain ini jahat saja di mata dia.
Perkongsian tersebut turut membuatkan para netizen tercengang dan meluahkan rasa terkejut mendengar pendedahan Nurin.
Komen netizen
Sumber: TikTok Hotfm
The post [VIDEO] Bekpes Hot Tercengang! ‘Caller’ Kongsi Kisah Bercerai Sebab Suami Ada Lelaki Lain first appeared on OHBULAN!.