Magis seorang lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search ternyata dirasai segenap peminat yang hadir ke konsert solonya pada Sabtu lalu meskipun bertembung dengan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC.
Artikel Berkaitan: Amy Search Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 44 Tahun Cipta Fenomena, Gegarkan Axiata Arena 26 April Ini
Artikel Berkaitan: Amy Search Akui Kepentingan ‘Killer Song’, Saran Penyanyi Untuk Berani Bereksperimentasi – ‘Jangan Terlalu Ikut Cakap Orang’
Penuh magis
@ohbulanofficial Amy Search menggegarkan Axiata Arena dengan konsert solo pertamanya, Amy Search Magik. Persembahan memang terbaik dan setiap sen yang dibayar terasa sangat berbaloi. 67 tahun dan masih berdiri gagah , memang betul living legend! ????#ohbulan #fyp #amysearch #concert #live #axiataarena
Konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil menyaksikan seramai kira-kira 4,000 orang peminat hadir untuk melihat persembahan daripada vokalis kumpulan Search itu yang pertama kali mengadakan konsert solo.
Terima kasih kepada peminat yang hadir dalam pelayaran saya sebagai penyanyi di hujung karier seni ini.
Amy Search Magic Konsert First Solo Concert itu diringi seramai 13 orang pemuzik di bawah kendalian penerbit konsert terkenal iaitu Jennifer Thompson.
Pentas dibuka kira-kira jam 9.10 malam dengan lagu-lagu solo Amy iaitu Gita Rama Sita, Aku, Apa Saja, Suralaya Dalam D Major, Mengintai Kelawar, Ghairah dan Kau Bukan Sadura.
Penonton ‘sing along’
Kehangatan kian terasa apabila Amy mula mendendangkan lagu-lagu bersama kumpulan Search iaitu Kau Pergi, Gadisku dan Rozana.
Sebuah lagu wajib, Fantiasa Bulan Madu pula menjadikan seluruh Axiata Arena bergema dengan suara-suara peminat yang bernyanyi bersama Amy.
Penonton kemudian bangkit dari kerusi mereka apabila pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman itu mula menghentakkan kaki ketika menyampaikan lagu Pawana dengan penuh bertenaga.
Momen spontan yang takkan dilupakan adalah apabila Amy turun dari pentas untuk bernyanyi bersama-sama peminat sehingga membuatkan suasana menjadi lebih gamat.
Medley nostalgia
Satu segment ringkas ditujukan khas buat rakan-rakan seperjuangan Amy dalam arena muzik tempatan dengan mendendangkan lagu-lagu popular mereka iatu Suatu Masa (Datuk M Nasir), Halaman Rindu (Lefthanded) dan Sejuta Wajah (Sweet Charity).
Konsert diteruskan lagi dengan persembahan lagu-lagu hits antaranya Kau Kepala Sotong, Apache, Kongkang, Rentak Laguku, Kalimah Cinta, Kerja Gila dan Tiada Lagi.
Sebagai persembahan penutup, anak kelahiran negeri Johor itu mempersembahkan lagu Isabella yang merupakan antara lagu ikonik kumpulan Search.
Walaupun tidak mengundang mana-mana penyanyi jemputan, namun Amy membuktikan dengan usia 67 tahun dia masih mampu untuk menyampaikan sebanyak 21 buah lagu dengan penuh energi sepanjang tiga jam persembahan.
Dalam pada itu, rakan-rakan artis juga turut hadir memberikan sokongan penuh antaranya, Che Puan Sarimah Ibrahim, Azharina, Man Kidal, Akim Ahmad, Ella, Aweera, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramli.
The post Konsert Solo Amy Search Penuh Magis, Momen Langkah Pagar ‘Sing Along’ Bersama Peminat Segar Di Ingatan first appeared on OHBULAN!.