Pelakon dan pengacara, Amy Nur Tinie mendedahkan pernah ditawarkan untuk menjadi isteri ketiga kepada lelaki berpangkat ‘Datuk’ ketika menyertai pertandingan ratu cantik pada enam tahun yang lalu.
Artikel Berkaitan: Amy Nur Tinie Tak Suka Kontroversi & Mengamuk Di Media Sosial
Artikel Berkaitan: Beza Umur 6 Tahun, Hariz Hamdan & Amy Nur Tinie Bercinta?
Seorang ‘Datuk’ nak taja
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 29, berkata tawaran itu ditawarkan semasa dia mencari syarikat tajaan untuk pertandingan tersebut.
Menceritakan kembali, Amy berkata kejadian itu berlaku ketika dia berusia 23 tahun sebelum bergiat aktif dalam bidang seni.
Sebelum berlakon saya aktif mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik di luar negara.
Perbelanjaan agak besar untuk menyertai pertandingan jadi perlu meminta tajaan syarikat korporat atau jenama bagi membantu daripada segi kewangan.
Tetapi, seorang Datuk ini mahu menaja saya dengan syarat menjadi isteri ketiganya.
ia juga tawarkan kesenangan seperti rumah. Terkejutlah, ibu terus kata saya bukan mahu jual anak, sudahlah lelaki itu sebaya bapa saya.
Jika jenis yang gelap mata nampak duit saja mungkin akan terimalah tawaran itu. Saya tidak sanggup, saya rela kerja siang malam demi rezeki yang halal.
Watak penyondol
Dalam perkembangan lain, Amy menjadi perhatian ramai kerana membawa watak penyondol bernama Rafizah dalam drama Dia Imamku lakonan bersama Siti Saleha dan Kamal Adli.
Sebelum ini saya kerap ditawarkan watak hantu, sekarang pula musim saya terima watak penyondol.
Memang kalau saya buat live di TikTok ramai yang membenci saya.
Walaupun dibenci saya seronok, ini bermakna lakonan saya menjadi. Cuma saya harapkan selepas ini saya akan mendapat watak yang lebih mencabar.
Ketika ditanya mengenai karya yang ingin dilakonkan, Amy yang juga Juara Miss Eco International 2019 yang bertempat di Mesir berkata dia mengimpikan untuk terlibat dalam sebuah karya aksi.
Walaupun latar belakangnya adalah ratu cantik namun ia tidak menjadi penghalang buat Amy untuk mencuba perkara baru.
Saya mahu tinggalkan imej ratu cantik, saya mahu orang nampak saya sebagai pelakon yang versatil bukan sekadar cantik semata-mata.
Meskipun saya terjun ke dunia lakonan tanpa sengaja, tetapi saya telah jatuh cinta. Inilah rezeki saya sekarang.
Jika dulu daripada tidak boleh menangis depan kamera, sekarang sudah boleh.
Saya banyak belajar daripada pelakon senior di set penggambaran dan berharap diberi peluang untuk meneroka lebih banyak watak selepas ini.
The post Amy Nur Tinie Pernah Ditawar Jadi Isteri Ketiga ‘Datuk’ – ‘Saya Rela Kerja Siang Malam Demi Rezeki Halal’ first appeared on OHBULAN!.