Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36772

Glenn Fredly ‘Kembali’ Di Kuala Lumpur, Guna Teknologi Hologram Wujudkan Keajaiban Di Atas Pentas

$
0
0

Meskipun sudah pergi buat selama-lamanya, namun suara mendiang Glenn Fredly akan terus hidup membuai rasa jutaan jiwa menerusi karya seninya.

Artikel Berkaitan: Filem Felino Angkat Kisah Kucing Jalanan, Bakal Mula Penggambaran Ogos Ini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Filem Blood Brothers: Bara Naga Terus Cipta Sejarah, Raih 21 Juta Kutipan!

Kembali ke Malaysia!

Setelah sekian lama, konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia akan kembali menemui peminat pada pada 18 Julai depan bertempat di Zepp Kuala Lumpur (KL).

Penganjur konsert, Ibram Putra berkata peminat boleh mengubati kerinduan terhadap Glenn dengan menghadiri konsert itu.

Bait lirik yang puitis dan melodi yang penuh nuansa telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup banyak orang.

Warisannya tak hanya hidup dalam karya, tetapi juga dalam nilai-nilai yang ia perjuangkan seperti keberagaman, perdamaian, dan kemanusiaan.

Difahamkan juga, untuk pertama kalinya, teknologi hologram akan mewujudkan keajaiban di atas panggung Zepp KL dengan kehadiran ‘hidup’ daripada sosok Glenn Fredly sendiri.

Tidak hanya itu, konsert ini turut menampilkan isteri kepada mendiang, MuCa Ayu, Ryan D’Masiv, serta penampilan hebat dari Malaysia iaitu Noh Salleh dan Nadira Adnan.

Lebih menarik, mereka akan bergabung dengan The Bakuucakar, band pengiring asal Glenn Fredly dalam menyatukan cinta dan harmoni dalam sebuah tribute yang intim dan tulus.

Bukan sekadar pertunjukan

Kata Ibram lagi, konsert pada kali ini bukan hanya sebuah pertunjukan namun ia menjadi ruang untuk mengenang Glenn.

Ini bukan hanya sebuah pertunjukan.

Ini adalah ruang suci untuk mengenang, merenung, dan merayakan nilai-nilai yang Glenn tinggalkan.

Inilah masa untuk kita meraikan cinta yang menyatukan, muzik yang menyembuhkan dan pesan damai abadi.

Ayuh menjadi sebahagian daripada sejarah dalam malam yang penuh dengan emosi dan kenangan.

Tiket bermula dengan harga RM 188 dan bagi mereka yang berminat pembelian boleh melayari www.tiket2u.com untuk maklumat lanjut.

The post Glenn Fredly ‘Kembali’ Di Kuala Lumpur, Guna Teknologi Hologram Wujudkan Keajaiban Di Atas Pentas first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36772