Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35392

[VIDEO] ‘Jenazah Abang Ipar Tak Perlu Diawet, Penerbangan Dari Lombok Ke Kuala Lumpur Hanya Tiga Jam’ – Riezman Khuzaimi

$
0
0

Pelakon, Riezman Khuzaimi berkongsi perkembangan terkini mengenai jenazah abang iparnya, Allahyarham Rennie Abdul Ghani, yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani, Indonesia, pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: Kes Kena ‘Scam’ Ditangguh, Riezman Khuzaimi Mahu Keadilan – ‘Saya Diserang Anxiety Sampai Jatuh Sakit’

Artikel Berkaitan: Riezman Khuzaimi Dedah Pernah Ditawar RM150 Sehari Untuk Berlakon – ‘Selepas 30 Tahun, Saya Rasa Terhina’

Abang ipar terjatuh di laluan Toren

Menurut Riezman, 55, jenazah Allahyarham sudah selamat tiba di Hospital Lombok, Indonesia, pada Ahad.

Kata Riezman, proses membawa keluar jenazah memakan masa lama kerana helikopter tidak dapat mendarat di lokasi kejadian.

Alhamdulillah semalam pukul 6.15 pagi mereka keluarkan jenazah dari lokasi dia jatuh.

Jenazah dibawa naik ke atas dan sampai ke checkpoint pintu gerbang Toren kira-kira jam 8 malam. Pihak penyelamat terpaksa usung jenazah kerana helikopter tidak boleh mendarat di kawasan gaung.

Dari laluan Toren ke rumah sakit (hospital) di Lombok mengambil masa tiga jam. Pihak hospital sudah bersihkan dan simpan jenazah. Saya dah minta pihak hospital mandi dan kafankan sekali.

Riezman berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media KamiSempoi Golden Award 2024 di Quill City, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Jenazah tidak diawet

Tambah pelakon filem Waris Jari Hantu, pihak hospital telah memberikan alternatif untuk menyuntik larutan formalin ke dalam tubuh jenazah tanpa perlu mengawet, memandangkan penerbangan dari Lombok ke Malaysia hanya mengambil masa tiga jam.

Sebaik sahaja dokumentasi daripada kedutaan Malaysia selesai dan kemudian akan dihantar ke kedutaan besar Malaysia – Jakarta. Saya dah periksa dengan Air Asia, ada penerbangan kargo pada esok hari.

Apa yang saya tahu untuk bawa pulang jenazah dari luar negara masuk ke Malaysia perlu diawetkan.

Kalau ikut prosedur awet semua organ dalaman perlu dikeluarkan. Bagi saya, ia menyeksa jenazah dan tidak digalakkan justeru saya lebih memilih untuk dikebumikan di sana. Tetapi terpulang kepada isteri dan anak-anak arwah juga.

Malam tadi pukul 3 pagi, hospital telefon mereka beritahu boleh bawa pulang tanpa keluarkan organ-organ dengan menyuntik cecair larutan formalin ke dalam tubuh mayat kerana penerbangan dari Lombok ke Malaysia tidak lama hanya tiga jam.

Keputusan untuk bawa balik jenazah atau kebumi di sana akan diputuskan hari ini.

Kalau semua urusan berjalan lancar, insya-Allah esok akan tiba jam 9 malam di KLIA2.

Anak arwah ada di sana untuk menguruskan dokumentasi dan alhamdulillah arwah ada insurans.

Berkongsi mengenai kenangan terakhir bersama Allahyarham, Riezman memberitahu dia ada bertemu buat kali terakhir dua minggu lalu sebelum arwah berangkat ke Indonesia.

Arwah ada cakap ini kali terakhir dia nak panjat gunung selepas ini dia mahu sertai marathon. Arwah juga sudah beli kasut (untuk marathon) jadi dia nak ikut saya. Tak perasan itu mungkin kata-kata terakhir dia.

Agak sedih kerana terngiang-ngiang dua minggu lepas baru duduk berjumpa dengan dia ketika dia mahu buat persediaan untuk mendaki.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan seorang pendaki warga Malaysia terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pihak taman negara memberitahu, pendaki yang dikenali dengan inisial RAG itu dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip.

Allahyarham memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh puluhan anggota Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.

The post [VIDEO] ‘Jenazah Abang Ipar Tak Perlu Diawet, Penerbangan Dari Lombok Ke Kuala Lumpur Hanya Tiga Jam’ – Riezman Khuzaimi first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35392

Trending Articles