Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35427

[VIDEO] Aaron Aziz Dedah Pernah Terima ‘Payment’ Lambat Hampir Sebulan –‘Saya Terus Buka Mikrofon, Kata Tak Nak Shooting’

$
0
0

Pelakon, Datuk Aaron Aziz pernah berdepan dengan situasi lewat menerima bayaran sewaktu terlibat dalam sesi penggambaran bersama sebuah syarikat produksi, beberapa tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad Sudah Berdamai

Aaron tak nak shooting

@syoksyoksyok — DISCLAIMER: Rakaman video ini telah dibuat beberapa bulan yang lalu. Video ini dikongsi untuk tujuan maklumat sahaja, dan para penonton dinasihatkan agar mengambil maklum tentang waktu rakaman bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Dalam episod kali ini, kami menampilkan Dato’ Aaron Aziz — pelakon tersohor dan figura ikonik dalam dunia hiburan tanah air serta rantau ini. Di sebalik kegemilangan kariernya menerusi filem-filem aksi popular seperti KL Gangster dan Evolusi KL Drift, Dato’ Aaron membuka kisah sebenar di sebalik tabir kehidupan sebagai anak seni. #SYOK #SYOKPodcast #ConfessionBilikGelap #Aaronaziz #KLGangster #filem #malaysia #fyp #fyp? @therealaaronaziz ? original sound – SYOK

Disebabkan itu, Aaron mengambil keputusan itu tidak meneruskan sesi penggambaran selagi bayarannya sebagai pelakon tidak dilunaskan.

Bayaran dah lambat sebulan, produser tak nak bayar?

Saya buka mikrofon, terus cakap, ‘Saya tak nak shooting’.

Sampaikan kru filem pun cakap, ‘Bagus, filem-filem semua ini abang simpan, kita tak payah shoot sebab belum dapat bayaran’.

Aaron berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast Syok yang dikendalikan hos, Sudyr Tahir.

‘Particular’ bab bayaran

Bercerita lanjut, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘KL Gangster’ ini memaklumkan bahawa dirinya merupakan seorang yang tegas bila membabitkan soal bayaran.

Saya jenis pelakon yang anda boleh suruh saya kerja 18 jam tanpa henti tapi kalau dalam kontrak kata hari ini adalah bayarannya maka hari itu jugalah kamu kena bayar.

Saya memang ‘particular’ bab bayaran.

Tapi kalau dah tangguh sampai sebulan tapi lepas itu awak macam bodoh-bodoh.

Daripada pagi kata cek ‘on the way’ tapi sampai 10 malam tak sampai-sampai.

Cek daripada mana? Jakarta ke?

Walau bagaimanapun, Aaron memilih untuk tidak mendedahkan nama produksi serta drama atau filem yang dibintanginya itu.

Filem atau drama apa itu tak boleh nak sebut tapi siapa yang tengok ini tahulah.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Aaron Aziz Dedah Pernah Terima ‘Payment’ Lambat Hampir Sebulan – ‘Saya Terus Buka Mikrofon, Kata Tak Nak Shooting’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35427

Trending Articles