Penyanyi, Khai Bahar bengang apabila segelintir netizen melemparkan tuduhan tidak berasas apabila dikatakan menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: Khai Bahar Tak Nak Masuk Campur Urusan Kerjaya Seni Adik, Titip Pesanan Perlu Jadi Konfiden & Pandai Bawa Diri
Artikel Berkaitan: #AJL38: [VIDEO] Nasihat Arwah Ibu Jadi Dorongan Khai Bahar Teruskan Karier
Tuduhan tak berasas
Tuduhan itu terjadi apabila sebuah akaun di platform X memuat naik semula video Khai bersama seorang individu di dalam kereta.
Menerusi perkongsian balas di platform X, pemilik nama Muhammad Khairul Baharuddin, 31, menjelaskan lelaki tersebut merupakan adik iparnya.
Mengulas lebih lanjut, Khai berkata apabila melibatkan kerja dia lebih selesa ditemani ahli keluarganya.
Kalau baca komen-komen semua tak kenal dengan keluarga saya kan? Saya ni keluarga banyak tolong kalau nak pergi mana-mana.
Malah kerja pun abang kandung jadi pembantu peribadi saya.
Tidak mengapa, saya maafkan yang pemfitnah sebab kamu semua tak kenal saya kan dan tidak perlulah kenal saya, tak penting pun.
Terima kasih atas tuduhan, jangan sampai perkara ini makin menjadi. Takut jadi benda lain.
Sebelum ini, tular di platform X, video Khai bersama adik iparnya yang dipercayai ingin keluar beraya bersama.
Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi netizen di mana segelintir mendakwa pelantun lagu Luluh itu seorang lelaki homoseksual.
Sumber: X
The post Bergambar Dengan Adik Ipar Lelaki, Khai Bahar Bengang Netizen Buat Tuduhan Tidak Berasas first appeared on OHBULAN!.