Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35411

Peminat Puji Lisa Surihani, Berdiri Tepi Pentas Sediakan Air & Tuala Untuk Yusry – ‘Wife Material Sangat’

$
0
0

Pelakon, Datin Lisa Surihani menyorot perhatian ramai apabila dilihat setia menemani suaminya, Datuk Yusry membuat persembahan ketika Konsert GenKRU hingga dilabelkan sebagai wife material oleh netizen.

Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Sokong Tindakan Zahnita Buat Laporan Polis – ‘Jangan Rasa Bersalah Dedahkan Di Media Sosial’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lisa Surihani Raih Pujian Netizen, Tetap Sopan & Jaga Adab Masa Buat Trend TikTok

Lisa rupanya

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Threads, dia berkata pada awalnya tidak mengetahui identiti wanita yang berdiri di tepi pentas sambil menyanyi lagu-lagu di konsert itu.

Ketika kejadian, wanita itu membantu Yusry dengan memberi air dan tuala kepadanya ketika aktor itu memerlukannya.

Bagaimanapun apabila dilihat dengan teliti, individu itu terkejut selepas mendapat tahu bahawa wanita itu merupakan Lisa kerana tidak menjangka kehadirannya di konsert itu.

Daripada atas nampak seorang wanita berusaha di tepi pentas menyediakan air dan tuala untuk Yusry, rupanya Lisa!

Individu itu berkongsi tentang kejadian itu apabila seorang wargamaya memuat naik video menunjukkan aktres itu sedang menyanyi lagu KRU.

Tidak dinafikan, perkongsian wanita itu mendapat respons positif daripada wargamaya yang rata-ratanya turut senang dengan tindakan Lisa.

Sebelum ini, kumpulan trio legenda muzik Malaysia, KRU mencipta gelombang fenomena dengan konsert GenKRU yang diadakan selama tiga hari di Axiata Arena Bukit, baru-baru ini.

Selepas dua hari menghiburkan para peminat pada minggu lalu, Konsert GenKRU akan diteruskan pada 10 Mei ini sebagai persembahan ketiga dan terakhir untuk peminat tempatan, sebelum ke Singapura pada 28 Jun depan.

Komen wargamaya

Sumber: Threads

The post Peminat Puji Lisa Surihani, Berdiri Tepi Pentas Sediakan Air & Tuala Untuk Yusry – ‘Wife Material Sangat’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35411

Trending Articles